Felda United Perlu Perkemas Pertahanan

Felda United Perlu Perkemas Pertahanan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Felda United Perlu Perkemas Pertahanan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Felda United Perlu Perkemas Pertahanan
link : Felda United Perlu Perkemas Pertahanan

Baca juga


Felda United Perlu Perkemas Pertahanan

MARAN – Felda United perlu memperkemaskan barisan pertahanan sekiranya mahu pergi lebih jauh pada saingan Piala Malaysia musim ini.

Ketua jurulatihnya B. Satiananthan berkata kekurangan di bahagian itu kelihatan ketara meskipun berjaya menewaskan Melaka United dengan keputusan 3-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka di sini semalam.

Beliau mengakui kelemahan pada benteng pertahanan itu boleh mengundang padah apabila The Fighters turun menentang pasukan lebih kuat pada perlawanan akan datang.

“Kemenangan pada perlawanan malam ini (semalam) bagus untuk menaikkan moral pemain…bagaimanapun kita mendapat banyak peluang untuk mencipta gol tetapi hanya tiga yang berjaya dijaringkan.

“Permainan separuh masa kedua juga bagus namun kita benarkan Melaka untuk bangkit menyerang dan mereka hampir memperoleh gol. Situasi ini yang paling saya bimbangkan jika kita perlu menentang pasukan lebih kuat,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan semalam.

Satiananthan menambah pertukaran pemain import juga akan dilakukan bagi memperkuatkan pasukan selepas beliau berbincang dengan pihak pengurusan Felda United, sama ada pemain berkenaan perlu dikekalkan atau disingkirkan.

“Walaupun malam ini semua yang menjaringkan gol ialah pemain import tetapi kita perlu melihat prestasi mereka dalam kesemua perlawanan terdahulu. Saya percaya kita tidak memerlukan bajet besar untuk mendapat pemain import yang baik,” katanya.

Sementara itu, Penolong Ketua Jurulatih Melaka, G. Selvamohan berkata prestasi anak buahnya agak merosot rentetan gagal melakukan penyudah yang baik di hadapan gol, walaupun mempunyai beberapa peluang untuk membolosi gol lawan.

“Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada pemain di bahagian pertahanan dan tengah, jika kita berjaya mendapatkan gol mungkin perlawanan akan berbeza,” katanya. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Felda United Perlu Perkemas Pertahanan

Sekianlah artikel Felda United Perlu Perkemas Pertahanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Felda United Perlu Perkemas Pertahanan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/felda-united-perlu-perkemas-pertahanan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :