FIFPro Mahu FAM Ambil Tindakan Terhadap Ugutan Annuar Musa.

FIFPro Mahu FAM Ambil Tindakan Terhadap Ugutan Annuar Musa. - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FIFPro Mahu FAM Ambil Tindakan Terhadap Ugutan Annuar Musa., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FIFPro Mahu FAM Ambil Tindakan Terhadap Ugutan Annuar Musa.
link : FIFPro Mahu FAM Ambil Tindakan Terhadap Ugutan Annuar Musa.

Baca juga


FIFPro Mahu FAM Ambil Tindakan Terhadap Ugutan Annuar Musa.

Tindakan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang memberi amaran kepada mana-mana bekas pemainnya supaya tidak lagi 'bising' di laman media sosial

Tindakan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang memberi amaran kepada mana-mana bekas pemainnya supaya tidak lagi 'bising' di laman media sosial mengenai tunggakan gaji ditempelak Persekutuan Pemain Bola Sepak Profesional Antarabangsa (FIFPro).

Persatuan antarabangsa itu nyata tidak berpuas hati dengan layanan diberikan KAFA yang masih belum menyelesaikan tunggakan gaji bekas pemain importnya, Jonathan McKain, sebaliknya ghairah menandatangani pemain import baharu.

Menerusi akaun Twitter rasminya, FIFPro juga dilihat berang selepas Annuar mendesak mana-mana pihak yang tidak pernah menguruskan pasukan bola sepak profesional supaya menutup mulut dan tidak membahaskan isu terbabit.

"Ini adalah contoh terbaik oleh sesebuah pasukan melayan pemain mereka yang juga adalah pekerja mereka - seperti sampah yang tidak berharga.

"Ini adalah satu skandal," kata FIFPro menerusi akaun Twitter rasminya, hari ini.

Nada sama turut dilontarkan Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat FIFPro, Andrew Orsatti yang mahukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan terhadap ugutan yang dibuat KAFA kepada bekas pemainnya.

"Mengugut pemain yang menegakkan haknya mengenai tunggakan gaji? Apa yang akan FAM lakukan atas tindakan ini?," katanya menerusi akaun Twitter peribadinya (AndrewOrsatti).

Annuar sebelum ini menyatakan pihaknya sudah lama bersabar dengan tindakan bekas pemainnya yang sering membawa hal tunggakan gaji di laman media sosial sehingga ia dilihat memalukan persatuan bola sepak terbabit.

Annuar turut menyatakan bahawa tindakan mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat mengenai pasukan adalah satu pelanggaran kontrak.

"Kepada bekas pemain yang suka main Facebook/Twitter, kami sudah bertolak ansur dengan perangai anda yang tidak sepatutnya. Mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat mengenai pasukan adalah satu pelanggaran kontrak.

"Sekiranya itu tidak dihormati, pasukan juga berhak untuk tidak bersimpati terhadap kamu," katanya menerusi akaun Facebooknya, minggu lalu. - Berita Harian Online

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel FIFPro Mahu FAM Ambil Tindakan Terhadap Ugutan Annuar Musa.

Sekianlah artikel FIFPro Mahu FAM Ambil Tindakan Terhadap Ugutan Annuar Musa. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FIFPro Mahu FAM Ambil Tindakan Terhadap Ugutan Annuar Musa. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/fifpro-mahu-fam-ambil-tindakan-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :