link : Fizo Omar Tak Berani Sahkan Isteri Hamil
Fizo Omar Tak Berani Sahkan Isteri Hamil
Biarpun masih tiada kesahihan berita ini namun dikhabarkan Fizo Omar bakal menjadi bapa tidak lama lagi apabila berita isterinya, Mawar Karim hamil tersebar. Bagaimanapun apabila ditanyakan, Fizo memaklumkan beliau masih belum membuat pemeriksaan di Hospital.
BACA: Isteri Fizo Omar Kini Sudah Berbadan Dua?
“Cepat betul tau ye! Apa yang boleh saya katakan, selagi belum bertemu doktor, saya tidak berani nak sahkan perkara ini secara rasmi. Memang saya ada syak ke arah itu setelah memerhati status haid isteri kebelakangan ini. tapi itulah saya tak boleh nak pandai-pandai selagi belum berjumpa doktor”
“InsyaAllah dalam minggu depan kami akan follow up dengan doktor. Seandainya ada khabar gembira, nanti saya maklumkan. Doakan yang baik-baik,” jelasnya kepada m Star Online.
Kalau masih ingat sekitar awal tahun lalu, pasangan ini pernah dikatakan bakal menimang cahaya mata selepas Fizo memuat naik gambar di Instagram berserta kepsyen yang seakan memberi gambaran isterinya hamil. Apapun jika benar berita ini semoga segalanya dipermudahkan. (rtky/w)
Demikianlah Artikel Fizo Omar Tak Berani Sahkan Isteri Hamil
Anda sekarang membaca artikel Fizo Omar Tak Berani Sahkan Isteri Hamil dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/fizo-omar-tak-berani-sahkan-isteri-hamil.html