Fizo Sahkan Mawar Hamil 2 Bulan

Fizo Sahkan Mawar Hamil 2 Bulan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fizo Sahkan Mawar Hamil 2 Bulan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fizo Sahkan Mawar Hamil 2 Bulan
link : Fizo Sahkan Mawar Hamil 2 Bulan

Baca juga


Fizo Sahkan Mawar Hamil 2 Bulan

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan Fizo dan Mawar Abdul Karim kerana penantian 4 tahun mereka berakhir apabila pelakon itu mengesahkan bahawa isterinya sedang hamil 2 bulan.

Perkara itu dimaklumkan kepada umum oleh menerusi sebuah video yang dimuat naik Fizo di Instagram miliknya semalam.

BACA: Fizo Omar Bakal Timang Anak Sulung?

Semalam, berita gembira kehamilan Mawar itu diumumkan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat melalui Facebook.

Katanya, Mawar hamil selepas menjalani beberapa pembedahan dan mendapat beberapa rawatan susulan.

Imbasan kandungan Mawar yang dikongsikan oleh Dr. HamidcArshat melalui Facebook.

“Setelah menjalani pembedahan dan berbagai rawatan susulan akhirnya dengan izin dan rahmat Allah SWT Mawar hamil.

“Sekarang dalam peringkat awal kehamilan. Dalam keadaan biasa, risiko gugur sebelum 12 minggu kehamilan adalah dalam lingkungan 10 peratus. Risiko ini meningkat bagi mereka yang mengalami masalah kesuburan dan khususnya yang menjalani pembedahan pada peranakannya,” tulis pakar perubatan itu di laman sosial Facebook miliknya.

Dr. Hamid turut memberi nasihat dan memberi panduan kepada pasangan itu untuk menjaga kehamilan tersebut.

“Rehat banyak-banyak, tenangkan fikiran dan kurangkan kerja-kerja berat serta perjalanan jauh dan tangguhkan penerbangan.

“Pada asasnya kurangkan stress kerana ia boleh mencetuskan kuncupan rahim dan seterusnya mengancam untuk gugur,” ujarnya.

Dr. Hamid turut meminta Mawar agar makan makanan berzat dan berkhasiat segar dan mentah selain lebihkan buah-buahan dan sayur jus buah dan salad.

Dia turut meminta orang ramai agar terus mendoakan kehamilan Mawar sehingga selamat melahirkan seorang cahaya mata.

Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar Abdul Karim, 28, pada 10 November 2013.-MYNEWSHUB.CC

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Fizo Sahkan Mawar Hamil 2 Bulan

Sekianlah artikel Fizo Sahkan Mawar Hamil 2 Bulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fizo Sahkan Mawar Hamil 2 Bulan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/fizo-sahkan-mawar-hamil-2-bulan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :