link : Fokus Persamaan Bukan Perbezaan
Fokus Persamaan Bukan Perbezaan
MADINAH - Imam Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdullah Abdulrahman Al-Baijan menasihatkan umat Islam termasuk di Malaysia supaya terus bersatu padu dan berusaha mengelakkan perpecahan sesama mereka.
Katanya, umat Islam perlu mencontohi pendekatan Rasulullah SAW yang menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar ketika baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah.
“Salah satu punca kelemahan umat Islam ialah mereka terlalu fokus kepada perbezaan, sedangkan kita mempunyai persamaan yang amat kuat dari segi akidah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah kepada peserta program umrah anjuran Kementerian Agama Arab Saudi, di sini semalam.
Selain rombongan dari Malaysia, majlis tersebut turut dihadiri peserta dari beberapa negara lain termasuk Thailand, Brunei dan Indonesia.
Dalam ceramah tersebut, Sheikh Dr. Abdullah mengupas surah Ali Imran ayat 103 yang mengandungi peringatan Allah SWT agar umat Islam sentiasa berpegang teguh kepada tali-Nya dan tidak berpecah belah.
Sheikh Dr. Abdullah berkata, dalam usaha mengerat perpaduan sesama mereka, umat Islam perlu mengetepikan perbezaan termasuk dari segi suku kaum, warna kulit dan negara.
“Itulah yang cuba diusahakan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud melalui program umrah ini apabila peserta dijemput daripada pelbagai negara tanpa mengira apa juga latar belakang mereka.
“Melalui program tersebut umat Islam akan dapat berkenalan dan mengeratkan silaturahim sesama mereka,” katanya.
Seramai 40 orang terdiri daripada pegawai kanan kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia menyertai program berkenaan.
Selain menunaikan ibadah umrah, peserta turut dibawa melawat tempat bersejarah di sini dan Mekah, sebelum kembali tanah air pada 14 Mei ini.- Utusan Malaysia
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Fokus Persamaan Bukan Perbezaan
Sekianlah artikel Fokus Persamaan Bukan Perbezaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Fokus Persamaan Bukan Perbezaan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/fokus-persamaan-bukan-perbezaan.html