GERAH perangi rasuah bersama rakyat

GERAH perangi rasuah bersama rakyat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul GERAH perangi rasuah bersama rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : GERAH perangi rasuah bersama rakyat
link : GERAH perangi rasuah bersama rakyat

Baca juga


GERAH perangi rasuah bersama rakyat


PUTRAJAYA: Seramai 2,000 anggota dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digerakkan ke seluruh negara setiap bulan untuk mendekati rakyat melalui program Gerakan Revolusi AntiRasuah (GERAH).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata GERAH adalah gerakan revolusi sosial untuk mengubah pemikiran, sikap dan pandangan masyarakat terhadap rasuah dan pelaku rasuah untuk membenci perbuatan terkutuk itu.

"Anggota dan pegawai yang terbabit akan turun padang dan berjumpa dengan masyarakat, sekali gus menjalin rangkaian kerjasama supaya rakyat sentiasa bersama SPRM dalam perang menghapuskan jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

"Ia adalah gelombang perubahan terhadap masyarakat supaya membenci rasuah, memandang jijik kepada pesalah rasuah serta mempunyai kekuatan dalaman untuk mengatakan tidak kepada rasuah dan salah guna kuasa," katanya pada sidang media sempena pelancaran GERAH, di sini, hari ini.

Selain GERAH, SPRM juga akan melancarkan satu lagi kempen iaitu 3J (Jangan hulur, jangan kawtim, jangan settle), yang akan disebar luas oleh SPRM dengan kerjasama agensi media.

"3J bertujuan menyampaikan mesej kesedaran terhadap rakyat suoaya tidak sesekali terbabit dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa melalui cara penerimaan atau pemberian rasuah," katanya.-BHOnline

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel GERAH perangi rasuah bersama rakyat

Sekianlah artikel GERAH perangi rasuah bersama rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel GERAH perangi rasuah bersama rakyat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/gerah-perangi-rasuah-bersama-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :