GILIRAN ZURAIDA PERJELAS PEMILIKAN BEBERAPA KERETA MEWAHNYA...AKHIRNYA MENGAKU JUA

GILIRAN ZURAIDA PERJELAS PEMILIKAN BEBERAPA KERETA MEWAHNYA...AKHIRNYA MENGAKU JUA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul GILIRAN ZURAIDA PERJELAS PEMILIKAN BEBERAPA KERETA MEWAHNYA...AKHIRNYA MENGAKU JUA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : GILIRAN ZURAIDA PERJELAS PEMILIKAN BEBERAPA KERETA MEWAHNYA...AKHIRNYA MENGAKU JUA
link : GILIRAN ZURAIDA PERJELAS PEMILIKAN BEBERAPA KERETA MEWAHNYA...AKHIRNYA MENGAKU JUA

Baca juga


GILIRAN ZURAIDA PERJELAS PEMILIKAN BEBERAPA KERETA MEWAHNYA...AKHIRNYA MENGAKU JUA

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan semua kenderaan mewah yang dibelinya adalah atas kapasiti beliau sebagai ahli Parlimen Ampang yang diperuntukkan permit import (AP).

“Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau mengakui gemar memilih barang berkualiti termasuk kereta import.

“Sebelum terlibat dalam politik pun saya sudah bawa kereta berkualiti. Dalam kehidupan, saya sentiasa utamakan barangan tahan lama,” katanya.

Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan beberapa pihak yang mengaitkan Zuraida mempunyai kekayaan luar biasa dan memiliki pelbagai kereta mewah.

Beliau juga dikaitkan dengan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang ditahan dan didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat pengisytiharan palsu mengenai kekayaannya.

Zuraida mencabar mana-mana individu yang mengaitkannya dengan isu rasuah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Sesiapa anak jantan pergi buat laporan, sampai sekarang saya tidak pernah disiasat oleh SPRM,” katanya.

Beliau memberi jaminan bersedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil SPRM untuk memberi keterangan.

“Mereka mengguna isu itu untuk serang saya kerana mereka tahu saya mengangkat integriti tinggi. Nampaknya mereka tiada cara lain untuk lancarkan serangan ke atas saya,” katanya. -AP


Demikianlah Artikel GILIRAN ZURAIDA PERJELAS PEMILIKAN BEBERAPA KERETA MEWAHNYA...AKHIRNYA MENGAKU JUA

Sekianlah artikel GILIRAN ZURAIDA PERJELAS PEMILIKAN BEBERAPA KERETA MEWAHNYA...AKHIRNYA MENGAKU JUA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel GILIRAN ZURAIDA PERJELAS PEMILIKAN BEBERAPA KERETA MEWAHNYA...AKHIRNYA MENGAKU JUA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/giliran-zuraida-perjelas-pemilikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :