link : Guru ejen jayakan aspirasi pendidikan negara
Guru ejen jayakan aspirasi pendidikan negara
LANGKAWI 3 Mei - Pengulangan tema Guru Pembina Negara Bangsa buat kali keempat sempena sambutan Hari Guru 2017 membuktikan guru memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda pendidikan negara.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan, Aminudin Adam berkata, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek kognitif bagi memenuhi aspirasi pendidikan.
“Peranan guru dalam membina negara bangsa merujuk kepada melahirkan insan yang mempunyai jati diri beridentitikan Malaysia.
“Guru bertanggungjawab dalam melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
“Bagi menyempurnakan peranan dalam membina negara bangsa yang berpengetahuan, guru mesti menguasai disiplin ilmu yang diajar, menyampaikan ilmu secara kreatif dan inovasi selari dengan perkembangan teknologi terkini termasuk menggunakan kaedah pembelajaran abad ke-21,” katanya di sini hari ini.
Menurut Aminudin, guru juga merupakan ejen penting dalam memperteguh peradaban bangsa melalui pendidikan.
“Peradaban bangsa di Malaysia akan terus utuh dan mantap apabila bidang pendidikan dapat memastikan generasi yang dilahirkan adalah holistik dan cemerlang yang mampu memenuhi keperluan kepesatan pembangunan negara dan global.
“Dalam konteks Malaysia, peradaban bangsa mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan berakal internasional.
“Oleh itu, guru berperanan sebagai pembentuk masyarakat berilmu, berkeyakinan tinggi, mempunyai nilai etika yang kukuh dan mampu bersaing di peringkat global selain mementingkan perpaduan,” katanya.
Aminudin berkata, peradaban bangsa boleh diperkukuhkan apabila guru melaksanakan peranan mereka untuk melahirkan modal insan yang memiliki kemahiran memimpin, hidup dalam masyarakat demokratik, adil, altruisme, liberal, bertolak ansur dan penyayang menerusi pelaksanaan transformasi pendidikan.
“Guru juga harus menggalas tugas berat melahirkan insan yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kemahiran berfikir aras tinggi serta berupaya berkomunikasi secara berkesan dalam pelbagai bahasa selain perlu mempunyai sahsiah positif.
“Oleh itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta mempunyai world class thinking.
“Matlamat dan dasar yang dihasratkan Kementerian Pendidikan dalam membina negara bangsa adalah untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat penyayang, berbudaya saintifik serta bersatu-padu,” ujarnya.
Tambahnya, aspirasi negara terhadap guru sebagai pembina negara bangsa menuntut komitmen yang tinggi daripada semua warga pendidik.
Sumber: Utusan Online

Demikianlah Artikel Guru ejen jayakan aspirasi pendidikan negara
Sekianlah artikel Guru ejen jayakan aspirasi pendidikan negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guru ejen jayakan aspirasi pendidikan negara dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/guru-ejen-jayakan-aspirasi-pendidikan.html