Guru Muda 1Malaysia perlu kreatif

Guru Muda 1Malaysia perlu kreatif - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru Muda 1Malaysia perlu kreatif, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru Muda 1Malaysia perlu kreatif
link : Guru Muda 1Malaysia perlu kreatif

Baca juga


Guru Muda 1Malaysia perlu kreatif

KUALA LUMPUR 13 Mei – Guru Muda 1Malaysia (GM1M) sentiasa membimbing ahlinya agar mereka bersedia dengan situasi pendidikan negara dan boleh menjadi seorang pendidik serba boleh dengan mengamalkan strategi pengajaran berinovasi seiring perkembangan dunia pendidikan masa kini.

Penyelaras GM1M Putrajaya, Kamaludin Mohd. Kassim berkata, antaranya mereka berpeluang menyertai forum, sesi bicara pendengaran awam Transformasi Nasional (TN50), sukan serta kursus menangani stres.

“Melalui TN50 guru boleh memberikan cadangan mengenai hala tuju profesion perguruan, mengetahui kekurangan diri serta boleh mencari jalan penyelesaian.

“Bagi membantu mengatasi masalah stres, GM1M telah me­ngadakan pelbagai aktiviti sukan untuk guru lelaki manakala guru wanita berpeluang menghadiri kelas kecantikan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Jelasnya, buat masa ini terdapat 1,200 GM1M yang berdaftar di Putrajaya dan mereka digalakkan menjalankan aktiviti dengan masyarakat.

“Kita tidak mahu guru terkurung di kawasan sekolah, mereka perlu menjadi guru yang serba boleh dan perlu bercampur dengan masyarakat untuk mengukuhkan hubungan,” katanya.

Dalam pada itu, guru dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1), Zarawahida Zakaria, 37, berkata, guru perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai idea agar mereka dapat menarik minat pelajar mengikuti kelas pembelajaran.

“Mereka juga perlu bersedia ditempatkan di mana-mana kawasan termasuk menerima cabaran mengajar murid yang menghadapi masalah pembelajaran.

“Ada yang berminat menjadi guru tetapi mereka perlu sedar kerjaya itu tidak mudah, mereka adalah insan yang dipertanggungjawabkan membentuk seseorang. Oleh itu mereka perlu kreatif dan mencari inisiatif bagaimana untuk memastikan murid itu dapat menerima ilmu yang disampaikan,” katanya.

Jelasnya, sebagai guru penyelaras bagi Program Literasi dan Numerasi (Linus), dia banyak mengendalikan murid yang mengalami masalah pembelajaran dan yakin walaupun mereka agak nakal namun ada diantaranya boleh berjaya.

“Diakui saya pernah tertekan, apa sahaja pekerjaan pastinya ada cabaran. Namun saya cuba positif dan mencari jalan untuk memastikan mereka mendengar kata dan seronok dalam pembelajaran.

“Saya cuba memenangi hati anak murid dan menerapkan nilai kasih sayang kerana tahu teknik kekerasan hanya akan menyukarkan saya untuk mendekati mereka,” katanya.

Tambahnya, adalah menjadi harapan seorang guru untuk melihat anak muridnya berjaya dan akan berusaha untuk memastikan anak didiknya mendapat keputusan yang membanggakan.

Sumber: UTUSAN ONLINE


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Guru Muda 1Malaysia perlu kreatif

Sekianlah artikel Guru Muda 1Malaysia perlu kreatif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru Muda 1Malaysia perlu kreatif dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/guru-muda-1malaysia-perlu-kreatif.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :