link : Halau Anak, Ibu Sarat Mengandung Dan Bapa TIri Ditahan.
Halau Anak, Ibu Sarat Mengandung Dan Bapa TIri Ditahan.
Polis menahan dan mengambil mengambil keterangan ibu kandung serta bapa tiri kanak-kanak sembilan tahun yang mendakwa didera selepas ditemui dalam keadaan mencurigakan
Lelaki berusia 41 tahun itu diambil keterangan bersama isterinya yang sedang sarat hamil lapan bulan selepas mempercayai terdapat unsur penderaan ke atas mangsa.
Dalam kejadian Ahad lalu, lebih kurang jam 2.40 petang, polis menerima maklumat berkaitan seorang pengawal keselamatan yang menemui mangsa di jalan belakang Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir mendakwa dipukul dan dihalau ibunya dengan membawa beg berisi muatan pakaian.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, siasatan mendapati, disebabkan kenakalan mangsa yang banyak membuat masalah, telah menimbulkan kemarahan ibu serta bapa tiri menyebabkan mangsa dipukul.
Menurutnya, ibu mangsa ada mengaku memukul mangsa bertujuan mendidik, bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan parut lama pada pipi dan betis.
“Mangsa telah diambil pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.
Semalam, melalui kenyataan terdahulu, polis mendapati tiada sebarang unsur penderaan di badan mangsa membolehkan kanak-kanak itu diserahkan kembali kepada keluarga.
Bagaimanapun, hasil siasatan pegawai pelindung kanak-kanak petang semalam berpendapat wujudnya elemen penderaan membolehkan mangsa dihantar ke hospital bagi mendapatkan laporan lengkap perubatan.
Demikianlah Artikel Halau Anak, Ibu Sarat Mengandung Dan Bapa TIri Ditahan.
Sekianlah artikel Halau Anak, Ibu Sarat Mengandung Dan Bapa TIri Ditahan. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Halau Anak, Ibu Sarat Mengandung Dan Bapa TIri Ditahan. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/halau-anak-ibu-sarat-mengandung-dan.html