Hanya Boleh Dihantar Ke Turki

Hanya Boleh Dihantar Ke Turki - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hanya Boleh Dihantar Ke Turki, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hanya Boleh Dihantar Ke Turki
link : Hanya Boleh Dihantar Ke Turki

Baca juga


Hanya Boleh Dihantar Ke Turki


PUTRAJAYA: Warga Turki, Turgay Karaman yang ditahan polis tidak boleh dihantar pulang ke negara lain.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Turgay sebaliknya perlu dihantar pulang ke negara asalnya.

Tegas Ahmad Zahid, keputusan itu berdasarkan undang-undang mengenai pengusiran dan pihak berkuasa Malaysia perlu mematuhinya.

Turgay dan seorang lagi warga Turki, Ihsan Aslan, ditahan pada 2 Mei lalu kerana terlibat dengan aktiviti yang didakwa mengancam keselamatan Malaysia.

Kedua-dua mereka ditahan kerana ada kaitan dengan militan IS.

Polis menahan suspek ketiga, Ismet Ozcelik, dua hari kemudian atas kesalahan yang sama.

"Kita tidak boleh menghantarnya ke negara ketiga. Dia perlu dihantar pulang ke Turki," kata Ahmad Zahid.

Sebelum ini, isteri Turgay, Ayse Gul Karaman merayu kepada pihak berkuasa agar tidak menghantar suaminya pulang ke Turki tetapi ke negara lain.

Ayse secara terbuka mengakui dia dan suaminya adalah orang yang bersimpati dengan ulama Turki dalam buangan, Muhammed Fethullah Gullen yang dianggap dalang kepada cubaan rampasan kuasa di negara itu Julai lalu.

Ahmad Zahid berkata Ayse tidak memahami undang-undang ketika membuat rayuan itu.

"Kita serahkan kepada polis untuk selesaikan perkara itu. Mereka akan putuskan sama ada dia dihantar pulang atau tidak," katanya.-mStar

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Hanya Boleh Dihantar Ke Turki

Sekianlah artikel Hanya Boleh Dihantar Ke Turki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hanya Boleh Dihantar Ke Turki dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/hanya-boleh-dihantar-ke-turki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :