link : Hanya Makan Sawi Putih, Timun Selepas Diejek Montel
Hanya Makan Sawi Putih, Timun Selepas Diejek Montel
Aktres Park Shin Hye memulakan karier lakonan menerusi drama populer banget Stairway to Heaven. Bergelar bintang cilik, dia menerima banyak pujian kerana lakonan dan wajahnya yang begitu comel.
Namun sayangnya, ketika bintang yang kini berusia 27 tahun ini melalui usia dewasa, banyak komen negatif tentang penampilannya dek kerana tubuhnya yang kelihatan berisi.
Paling ketara, ketika dia muncul di acara Salvatore Ferragamo tahun 2011, Park Shin Hye kelihatan berisi. Penampilannya itu mengundang banyak kritikan daripada netizen.
..
Gara-gara tubuhnya yang agak chubby berbanding rata-rata bintang Korea, Shin Hye akhirnya membuat keputusan menjalani diet dan bersenam untuk membolehkan dia mendapat bentuk tubuh idamannya.
Pada tahun 2014, Shin Hye mengaku dia bukan jenis orang yang bertubuh ramping. Oleh sebab itu dia mendisiplinkan diri dengan bersenam. Antara aktiviti yang sering dilakukannya ialah olahraga air, mendaki dan bertinju. Pada tahun 2016 penampilan Park Shin Hye kelihatan sangat langsing dan pipinya lebih tirus.
Selain itu bintang drama Doctors ini memilih diet ekstrem, hanya makan timun dan sawi putih sahaja.
Akuinya, dia menjalani pola diet ekstrem. Demi menurunkan berat badan secara drastik, Shin Hye mengatur menu sarapan dengan hanya memakan timun dan susu tanpa lemak, makan tengahari dengan nasi dan sawi putih, manakala untuk makan malam hanya boleh makan timun dan sawi putih saja.
The post Hanya Makan Sawi Putih, Timun Selepas Diejek Montel appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Hanya Makan Sawi Putih, Timun Selepas Diejek Montel
Anda sekarang membaca artikel Hanya Makan Sawi Putih, Timun Selepas Diejek Montel dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/hanya-makan-sawi-putih-timun-selepas.html