link : Harga barang import di Sarawak bakal turun
Harga barang import di Sarawak bakal turun
PETRA JAYA: Kerajaan negeri yakin harga barang import yang dibawa ke Sarawak boleh diturunkan susulan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memansuhkan dasar kabotaj yang diguna pakai sejak 1980.
Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Openg, berkata dasar kabotaj berupaya menurunkan harga barang kerana kapal kargo boleh terus berlabuh di pelabuhan di Sarawak tanpa perlu melalui Pelabuhan Klang terlebih dulu.
"Selepas ini, tidak ada lagi keperluan pengurusan berganda kerana kapal kargo tidak diwajibkan lagi berlabuh dulu di Pelabuhan Klang kerana kapal berkenaan boleh terus ke pelabuhan di Sarawak. Ini mampu menjimatkan kos pengangkutan, sekali gus mengurangkan harga barang.
"Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih di atas keputusan Perdana Menteri (Najib)," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Pra Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di Jalan Bako, sebentar tadi.
Beliau yang juga Presiden PBB, berkata walaupun ada beberapa sektor perkhidmatan yang kurang bersetuju di sebalik langkah pemansuhan dasar kabotaj berkenaan, namun ia perlu dilakukan demi kepentingan pengguna di negeri ini.
Pada pagi tadi, Najib ketika menghadiri majlis rasmi di Sandakan, Sabah, mengumumkan dasar kabotaj dimansuhkan bagi aktiviti perkapalan dalam perkhidmatan kargo dari pelabuhan di Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Bagaimanapun, beliau berkata pengecualian itu tidak terpakai kepada aktiviti perkapalan yang beroperasi antara Sabah, Sarawak dan Labuan.- BHonline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Harga barang import di Sarawak bakal turun
Sekianlah artikel Harga barang import di Sarawak bakal turun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Harga barang import di Sarawak bakal turun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/harga-barang-import-di-sarawak-bakal.html