link : Harga minyak mentah susut
Harga minyak mentah susut
NEW YORK: Harga minyak kembali susut semalam, selepas pelabur bertindak balas kepada bekalan petrol Amerika Syarikat (AS) yang lebih kecil daripada jangkaan.
Inventori AS susut untuk minggu ketujuh berturut-turut selepas pengeluar menghasilkan jumlah minyak mentah yang hampir mencatat rekod minggu lalu, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga AS semalam.
Inventori minyak mentah susut 4.4 juta tong dalam minggu berakhir 19 Mei dan lebih ramai penganalisis menjangka pengurangan 2.4 juta tong minyak mentah lagi.
Bekalan petrol susut hanya kepada 787,000 tong berbanding jangkaan 1.2 juta tong. Data itu diperoleh sehari sebelum pertemuan anggota OPEC dan bukan anggota OPEC untuk berbincang sama ada perjanjian pengurangan bekalan yang sedang berjalan pada masa ini akan dilanjutkan atau tidak.
Langkah pengurangan itu dilihat semakin berkesan dalam membendung lebihan bekalan minyak mentah global.
Minyak mentah Brent ditutup 19 cents lebih rendah iaitu pada AS$53.96 setong. Minyak mentah AS susut 11 cents kepada AS$51.36.
Kedua-dua minyak penanda aras itu mengalami kenaikan lebih daripada 10 peratus sejak mencatatkan paras terendah di bawah AS$50 setong pada awal Mei lalu.
Anggota OPEC berjanji untuk mengurangkan bekalan kepada 1.8 juta tong sehari sehingga Jun ini dan hari ini mereka dijangka akan melanjutkan perjanjian berkenaan untuk tempoh tiga bulan lagi. Reuters
Demikianlah Artikel Harga minyak mentah susut
Sekianlah artikel Harga minyak mentah susut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Harga minyak mentah susut dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/harga-minyak-mentah-susut.html