link : Harga minyak susut 5 peratus
Harga minyak susut 5 peratus
NEW YORK: Harga minyak mentah dunia susut lima peratus semalam, susulan lanjutan pengurangan bekalan oleh negara anggota OPEC dan negara pengeluar lain mengecewakan pelabur.
Pelabur menjangkakan pengurangan yang lebih besar dan ia mendorong kejatuhan terbesar sehari dalam bentuk peratusan sejak awal Mac.
Pada mesyuarat yang berlangsung di Vienna semalam, OPEC dan beberapa pengeluar bukan OPEC bersetuju melanjutkan pengurangan bekalan 1.8 juta tong sehari sehingga akhir suku pertama tahun depan.
Minyak mentah Brent ditutup pada AS$2.50 atau 4.6 peratus kepada AS$51.46 setong, U S West Texas ditutup pada AS$2.46 lebih rendah atau 4.8 cents kepada $48.90 setong, melepas paras di bawah AS$50 buat pertama kali dalam minggu ini.
Ia adalah kejatuhan terbesar dalam bentuk peratusan bagi kedua-dua minyak penanda aras itu sejak 8 Mac lalu.
Dalam pada itu, walaupun keputusan OPEC itu sudah dijangka, beberapa pelabur dalam pasaran minyak berharap badan itu akan bersetuju untuk pengurangan yang lebih panjang bagi mengatasi kemelut lebihan bekalan minyak mentah global.
Langkah OPEC itu disambut dengan penjualan besar-besaran.
Jumlah kontrak WTI sebanyak 1.1 juta adalah yang tertinggi sejak sesi pada 30 November lalu, apabila OPEC mengumumkan pengurangan bekalan buat pertama kali.-Reuters
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Harga minyak susut 5 peratus
Sekianlah artikel Harga minyak susut 5 peratus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Harga minyak susut 5 peratus dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/harga-minyak-susut-5-peratus.html