Harga Tiket Sukan SEA Harus Berpatutan – Tunku Imran

Harga Tiket Sukan SEA Harus Berpatutan – Tunku Imran - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harga Tiket Sukan SEA Harus Berpatutan – Tunku Imran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harga Tiket Sukan SEA Harus Berpatutan – Tunku Imran
link : Harga Tiket Sukan SEA Harus Berpatutan – Tunku Imran

Baca juga


Harga Tiket Sukan SEA Harus Berpatutan – Tunku Imran

KUALA LUMPUR – Harga tiket Sukan SEA harus berpatutan bagi menarik lebih ramai penonton menyaksikannya di gelanggang pertandingan, kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar.

Menurutnya, itu adalah dasar temasya itu dengan memastikan tiket pada harga berpatutan manakala banyak acara tidak mengenakan bayaran.

“Sesetengah acara yang mempunyai tiket adalah hanya untuk mengawal bilangan penonton sahaja. Berapa harganya…kemungkinan ia telah ditentukan tetapi belum diumumkan,” kata Tunku Imran sambil menjelaskan perkara ini diuruskan Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) Sukan SEA.

Ia adalah penting untuk mempunyai penonton yang penuh daripada orang ramai perlu membayar dengan harga yang tinggi, katanya.

“Objektifnya bukanlah untuk membuat wang tetapi memenuhi stadium, mendapatkan seberapa ramai penonton yang boleh,” kata Tunku Imran yang juga Pengerusi Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) , yang sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penyiaran SEAGF, di sini hari ini.

“Keputusan paling penting yang dibuat hari ini ialah membetulkan bagi Majlis Sukan SEA, yang akan mewujudkan tiga peringkat penyiar dari pelbagai negara,” kata Tunku Imran.

Peringkat pertama, katanya, membabitkan enam negara terdiri daripada Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Malaysia, dengan setiap penyiar perlu membayar yuran penyertaan sebanyak US$5,000 (kira-kira RM21,388).

Bagi peringkat kedua pula, ia membabitkan Myanmar, Laos, Kemboja serta Brunei dan mereka perlu membayar yuran penyertaan US$3,000 (kira-kira RM12,832) manakala peringkat ketiga US$1,000 (kira-kira RM4,277) yang melibatkan penyiar dari Timor Leste.

“Ia adalah untuk menentukan penyiaran pada masa hadapan…sistem yang boleh digunakan untuk temasya akan datang,” katanya.

Sementara itu, Tunku Imran berkata penyertaan mengikut nama atlet bagi Sukan SEA dari 19-30 Ogos akan ditutup pada akhir Julai ini. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Harga Tiket Sukan SEA Harus Berpatutan – Tunku Imran

Sekianlah artikel Harga Tiket Sukan SEA Harus Berpatutan – Tunku Imran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harga Tiket Sukan SEA Harus Berpatutan – Tunku Imran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/harga-tiket-sukan-sea-harus-berpatutan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :