link : Harris Baba Naik Angin Netizen Kritik Isteri
Harris Baba Naik Angin Netizen Kritik Isteri
Pelakon kelahiran Singapura, Harris Baba, mengakui marah dengan segelintir pengguna media sosial yang suka menjadikan kisah peribadinya sebagai bahan jenaka.
Memetik laporan mStar online, Harris atau nama sebenarnya Khawaja Mohammad Harris Baba, 27, berkata, dia mudah ‘naik angin’ jika ada pihak meninggalkan komen negatif terhadap keluarga terutama isterinya di media sosial.
“Sebab itulah agak lama juga saya tak berkongsi gambar keluarga di media sosial. Sebelum ini saya banyak baca cerita isteri artis kena kritik, ia sangat menyedihkan.
“Saya mahu lindungi isteri daripada menerima nasib yang sama. Saya tak boleh tahan kalau orang bagi komen negatif,” katanya.
Penyanyi berdarah kacukan Pakistan, Iran dan Cina itu sebelum ini dilihat agak kurang selesa berkongsi isu peribadi secara terbuka.
Harris mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita dari Keningau, Sabah, Nik Naziha Zawawi, 22, pada Mei tahun lalu.
Pasangan ini baharu sahaja menimang cahaya mata bernama Aleena Ziya pada 10 Februari lalu.
The post Harris Baba Naik Angin Netizen Kritik Isteri appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Harris Baba Naik Angin Netizen Kritik Isteri
Anda sekarang membaca artikel Harris Baba Naik Angin Netizen Kritik Isteri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/harris-baba-naik-angin-netizen-kritik.html