link : Hilang Tanpa Jejak,Rindu Noor Kumalasari Pada Anita Tidak Terkira
Hilang Tanpa Jejak,Rindu Noor Kumalasari Pada Anita Tidak Terkira
loading…
loading…
Hilang Tanpa Jejak,Rindu Noor Kumalasari Pada Anita Tidak Terkira
“Ada orang cakap jumpa Anita di Singapura, tapi saya tak tau betul atau tidak itu memang Anita,” katanya kepada media ketika ditemui di majlis tayangan perdana program Salam Ramadan Kosong Kosong Astro di Kompleks Kraf di Jalan Conlay, Kuala Lumpur hari ini.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Kalau dapat bersemuka, antara perkara pertama ingin dilakukan Noorkumalasari ialah mendakap erat kakaknya yang sudah lama dirindui.
Masih dibelenggu tanda tanya, Noorkumalasari berkata, dia berhasrat sangat untuk mengetahui maklumat sebenar mengenai Anita Sarawak.
Kata Noorkumalasari, Anita mula tidak dapat dihubungi sejak dia menamatkan kontraknya bersama Astro beberapa tahun lalu.
Anita, 65, dilaporkan tidak berhubung dengan Noorkumalasari, 61, sejak Mac 2015.
Dibayangi pelbagai gosip, beberapa pihak mendakwa Anita kini berada di Las Vegas – bandar yang pernah didiaminya sebagai penghibur suatu ketika dulu.
Keadaan itu menyebabkan keluarga mereka menjadi risau, terutama Noorkumalasari yang menjadi antara orang paling rapat dengannya.
Menjelaskan keadaan sebenar, Noorkumalasari berkata, jika memang Anita ada terguris perasaan atau seumpamanya, dia patut berterus terang dan berbincang untuk mengatasi kekeliruan itu.
“Saya pun tak tau apa sebab hak ini boleh terjadi. Dia tak ada beritahu saya walaupun dulu dia selalu telefon saya malam-malam.
“Kadang-kadang kami bersembang lama, ada pernah sampai dua jam dia cerita masalah yang dihadapi.
“Pada masa itu saya lega sebab dia bercerita pada saya,” katanya.
Selepas bertahun tidak bertemu atau mengetahui khabar berita, Noorkumalasari berkata, sekurang-kurangnya biarlah Anita menghubungi keluarga di sini dan memaklumkan keadaan dirinya.
Apa yang diingini Noorkumalasari kini, katanya, ialah melihat kakaknya itu di depan mata.
“Cukuplah dia ada depan mata, saya nak tengok dia sihat semuanya,” katanya.
Pada masa sama sikap Anita yang mendiamkan diri juga mengundang
“Keadaan sekarang buat orang tertanya-tanya. Sebab itu timbul macam-macam fitnah,” katanya.
The post Hilang Tanpa Jejak,Rindu Noor Kumalasari Pada Anita Tidak Terkira appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Hilang Tanpa Jejak,Rindu Noor Kumalasari Pada Anita Tidak Terkira
Sekianlah artikel Hilang Tanpa Jejak,Rindu Noor Kumalasari Pada Anita Tidak Terkira kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hilang Tanpa Jejak,Rindu Noor Kumalasari Pada Anita Tidak Terkira dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/hilang-tanpa-jejakrindu-noor-kumalasari.html