“Hubungan Kami Dalam Fasa Serius, Proses Seterusnya Dari Segi Adat Saya Serah Kepada Orang Tua.” – Shahir

“Hubungan Kami Dalam Fasa Serius, Proses Seterusnya Dari Segi Adat Saya Serah Kepada Orang Tua.” – Shahir - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Hubungan Kami Dalam Fasa Serius, Proses Seterusnya Dari Segi Adat Saya Serah Kepada Orang Tua.” – Shahir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Hubungan Kami Dalam Fasa Serius, Proses Seterusnya Dari Segi Adat Saya Serah Kepada Orang Tua.” – Shahir
link : “Hubungan Kami Dalam Fasa Serius, Proses Seterusnya Dari Segi Adat Saya Serah Kepada Orang Tua.” – Shahir

Baca juga


“Hubungan Kami Dalam Fasa Serius, Proses Seterusnya Dari Segi Adat Saya Serah Kepada Orang Tua.” – Shahir

“Hubungan Kami Dalam Fasa Serius, Proses Seterusnya Dari Segi Adat Saya Serah Kepada Orang Tua.” – Shahir

Shahir kini tampil beri kenyataan hubungan dengan Erra. (Gambar: Chempaka Nur Iman)

Tiada lagi teka-teki. Juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Shahir, 29, akhirnya membuat pengakuan beliau menjalin perhubungan serius dengan Erra Fazira, 43, selain sudah sedia menamatkan zaman bujangnya bersama wanita jelita itu.

Selepas membiarkan peminat tertanya-tanya status ‘persahabatan’ dengan Primadona Filem Melayu Alaf Baru itu, Shahir atau nama sebenarnya Ahmd Shahir Zawawi membuat pendedahan berkenaan beberapa hari selepas kekasihnya mengakui pasrah dalam soal percintaan.

“Memang benar saya rapat dengan Erra (Fazira). Apa yang boleh saya katakan doakan supaya perhubungan kami dipermudahkan. Insya-Allah apabila tiba masanya saya akan kongsi dengan semua.

“Buat masa ini saya belum berkesempatan bertemu ibu Erra. Apa pun proses seterusnya yang berkaitan adat saya serahkan kepada orang tua,” katanya ketika ditemui selepas Gema Gegar Vaganza (GGV), Ahad lalu.

Ditanya alasan lebih selesa membiarkan Erra menjawab persoalan media berhubung cinta mereka, akui Shahir sifat malu yang menebal terutama membabitkan hal peribadi membuatkannya segan berkongsi cerita.

“Saya akui seorang lelaki yang agak penyegan. Lebih-lebih lagi jika mahu berkongsi perkara yang peribadi. Namun, jika ditanya saya tidak keberatan untuk membuka mulut mengenai hubungan kami.

“Hakikatnya saya juga simpati dengan Erra kerana terpaksa berdepan masyarakat serta menjawab setiap kemusykilan seorang diri. Tetapi disebabkan Erra lebih menonjol dalam industri seni, media banyak bertanya kepadanya mengenai hal kami,” luahnya lagi.

Terdahulu, beberapa hari lalu, Erra menerusi temu bual bersama media sempena pelantikannya sebagai duta TripleWhite memaklumkan pasrah dalam soal jodoh dan hanya berserah kepada Allah untuk menentukan masa depan. (Baca juga: Kawan Rapat Tapis Calon Suami Erra?)

Hubungan Shahir dan Erra sememangnya sudah dapat dihidu ramai sejak tahun tahun lalu tetapi masing-masing hanya memberi bayangan berkawan rapat selain tidak kisah melalui perhubungan jarak jauh dengan lelaki itu di Perak manakala aktres berkenaan di Kuala Lumpur.

Sebagai wanita, tentu saja Erra enggan memberikan perincian lebih mendalam mengenai ‘persahabatan’ mereka apatah lagi sebelum ini, ibu tunggal kepada seorang cahaya mata itu pernah melalui dua kegagalan rumah tangga.

Beliau pernah bergelar isteri kepada penyanyi KRU, Yusry Abdul Halim pada 2003 namun bertahan sehingga 2006 sebelum berkahwin kali kedua dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dari 2007 sehingga 2014.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Hubungan Kami Dalam Fasa Serius, Proses Seterusnya Dari Segi Adat Saya Serah Kepada Orang Tua.” – Shahir

Sekianlah artikel “Hubungan Kami Dalam Fasa Serius, Proses Seterusnya Dari Segi Adat Saya Serah Kepada Orang Tua.” – Shahir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Hubungan Kami Dalam Fasa Serius, Proses Seterusnya Dari Segi Adat Saya Serah Kepada Orang Tua.” – Shahir dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/hubungan-kami-dalam-fasa-serius-proses.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :