Hukuman Sebat 85 Kali Dikenakan Terhadap Pasangan Gay Yang Lakukan Hubungan Sejenis

Hukuman Sebat 85 Kali Dikenakan Terhadap Pasangan Gay Yang Lakukan Hubungan Sejenis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hukuman Sebat 85 Kali Dikenakan Terhadap Pasangan Gay Yang Lakukan Hubungan Sejenis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hukuman Sebat 85 Kali Dikenakan Terhadap Pasangan Gay Yang Lakukan Hubungan Sejenis
link : Hukuman Sebat 85 Kali Dikenakan Terhadap Pasangan Gay Yang Lakukan Hubungan Sejenis

Baca juga


Hukuman Sebat 85 Kali Dikenakan Terhadap Pasangan Gay Yang Lakukan Hubungan Sejenis

ACHEH - Satu pasangan gay telah dijatuhkan hukuman sebat 85 kali di khalayak ramai setiap seorang oleh Mahkamah Syariah Acheh hari ini kerana ditangkap sedang melakukan hubungan seks, pada Mac lalu, yang akan dilaksanakan pada 25 Mei ini, lapor Harian Metro.

Pasangan berkenaan dicekup oleh penduduk di Banda Aceh yang memecah masuk ke bilik sewa mereka ketika pasangan itu sedang melakukan hubungan seks. Rakaman video yang memaparkan kejadian itu juga tersebar di media sosial yang menunjukkan kedua-dua lelaki berkenaan ketika dalam keadaan bogel, diasak penduduk yang menangkap mereka.

Kedua-dua lelaki itu yang masing-masing berusia 20 dan 23 tahun, dengan seorang daripadanya menangis selepas mahkamah menjatuhkan hukuman dan beliau memohon hukuman yang telah dijatuhkan supaya diringankan.

Menurut Ketua panel tiga hakim, Khairil Jamal, berkata dua lelaki terbabit telah terbukti melakukan kesalahan apabila melakukan hubungan seks sejenis dan hakim juga telah bersetuju tidak akan mengenakan hukuman berat iaitu maksimum sebat 100 kali kerana tertuduh didapati telah berkelakuan baik ketika berada di mahkamah serta turut bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tiada rekod kesalahan sebelum ini, katanya.

Baca: Perkahwinan Sejenis Lelaki Dan Lelaki Dapat Restu Keluarga

“Sebagai umat Islam, tertuduh perlu mematuhi undang-undang Syariah di Aceh,” kata Khairil.

Aceh, adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang menggunakan undang-undang Syariah, mula melaksanakan hukuman sebat sehingga 100 kali bagi beberapa kesalahan, termasuk berzina, minum arak, berjudi, wanita berpakaian mencolok mata dan tidak solat Jumaat, semenjak dua tahun lalu.


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Hukuman Sebat 85 Kali Dikenakan Terhadap Pasangan Gay Yang Lakukan Hubungan Sejenis

Sekianlah artikel Hukuman Sebat 85 Kali Dikenakan Terhadap Pasangan Gay Yang Lakukan Hubungan Sejenis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hukuman Sebat 85 Kali Dikenakan Terhadap Pasangan Gay Yang Lakukan Hubungan Sejenis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/hukuman-sebat-85-kali-dikenakan.html

Subscribe to receive free email updates: