link : Ibu Bapa Boleh Gunakan Pendekatan Ini Dalam Memberi Jawapan Akan Persoalan Anak Mengenai Tuhan
Ibu Bapa Boleh Gunakan Pendekatan Ini Dalam Memberi Jawapan Akan Persoalan Anak Mengenai Tuhan
Ia sedikit sebanyak membuatkan kita untuk sentiasa bersedia, supaya tidak memberi jawapan yang salah terhadap persoalan mereka, yang mana kelak mungkin menyebabkan kekeliruan kepada anak-anak.
Begitu juga dengan hal yang berkaitan dengan kewujudan, atau kekuasaan Allah s.w.t yang mana anak-anak mungkin tidak berapa faham, lagi-lagi mereka yang masih kecil.
Bagaimana pula kita sebagai ibu bapa ingin menerangkan kepada anak-anak, sekiranya mereka berkata seperti ini, “Saya Tuhan, saya nak keluarkan awak”.
Menerusi perkongsian dari Dr Hairin Anisa Tajuddin yang mana berhadapan situasi seperti di atas, penerangan serta jawapan yang diberikan kepada anak-anaknya mungkin boleh dijadikan contoh oleh ibu bapa di luar sana.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
2 malam lepas Imran 4 tahun ada berimaginasi & berlakon "Saya tuhan, saya nak keluarkan awak" semasa dia nak keluar daripada kereta.
Saya : Imran tak boleh mengaku tuhan tau, berdosa.
Dia memang dah hafal Surah-surah pendek especially 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Nas). Itupun saya dah cukup bersyukur walaupun tak sama macam anak-anak genius Al-Quran yang hebat-hebat (4 tahun dah hafaz banyak juzuk).
Tapi saya nak tekankan makna surah tersebut.
Muhammad (7 tahun) tanya saya : kenapa dengan suruh Imran baca surah tu Ummi?
Tapi dah malam sangat, jadi saya suruh mereka tidur dulu.
Ayat ke 3 : Allah tidak beranak & tidak diperanakkan
Ayat ke 4 ; Dan tiada suatu pun yg setara / sama denganNya.
Saya katakan kepada mereka maksud ayat tersebut menjawab soalan mengapa kita tidak boleh kata diri kita tuhan.
Allah swt beri akal & mencetuskan idea dalam otak manusia yang cerdik pandai untuk cipta peralatan menggunakan kudrat yang ada ssupaya boleh memakmurkan bumi ini.
Macam mana pun kita tetap makhluk Allah swt.
Allah swt tiada nyawa seperti benda hidup, Allah swt tak ada bentuk seperti yang kita nampak, Allah swt tidak perlu makanan macam makhluknya...Allah swt Maha Pencipta ygan tak sama dengan ciptaanNya.
Jika kita nampak bentuk, boleh makan, minum, tidur dan lain-lain, bernyawa & boleh hidup & mati & dilahirkan & diciptakan...maka ia bukan Tuhan pasti bukan Allah swt.
Saya ; Ok, katalah Muhammad yg cipta pensil ni...boleh kan? Muhammad angguk.
Saya ; Boleh ke Muhammad jadi pensil ni?
Muhammad : mana boleh Ummi...
Saya : boleh ke pensel ni jadi Muhammad?
Muhammad : tak boleh...
Saya : kalau macam tu, boleh ke manusia bertukar bentuk jadi Tuhan?
Muhammad : mestilah tak boleh.
Bezanya pensil ciptaan manusia & manusia tak boleh berikan roh kepada pensil untuk hidup.
Manusia ada roh yang Allah berikan untuk hidup.
Roh diberikan oleh Allah swt kepada semua benda hidup.
Allah swt tak perlu roh kerana Allah swt wujud sebagai Maha Pencipta. Itu IMAN kita. Jika Tuhan perlukan roh...maka ia adalah ciptaan Tuhan seperti manusia...maka manusia bukan Tuhan.
Then, selesai sesi usrah pendek dengan anak-anak pagi ni selepas subuh.
Sebagai ibu, kita sendiri kena tahu bagaimana nak membentuk aqidah dalam hati anak-anak yang masih bersih.
Wassalam
- Siakap Keli
Demikianlah Artikel Ibu Bapa Boleh Gunakan Pendekatan Ini Dalam Memberi Jawapan Akan Persoalan Anak Mengenai Tuhan
Anda sekarang membaca artikel Ibu Bapa Boleh Gunakan Pendekatan Ini Dalam Memberi Jawapan Akan Persoalan Anak Mengenai Tuhan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/ibu-bapa-boleh-gunakan-pendekatan-ini.html