link : Insiden gaduh di Johor tak sepatutnya berlaku
Insiden gaduh di Johor tak sepatutnya berlaku
Insiden pergaduhan yang berlaku di hadapan sebuah masjid di Johor semalam yang menyaksikan seorang pemandu kereta berbangsa Cina dipukul jemaah masjid tidak sepatutnya berlaku.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama, toleransi dan sensitiviti terhadap agama lain amat penting.
“Difahamkan pergaduhan berpunca daripada tindakan pemandu biadap yang membunyikan hon mengganggu jemaah menunaikan solat Jumaat kerana kederaannya tidak dapat melalui jalan berkenaan.
“Kita perlu menghormati toleransi agama yang diamalkan sejak sekian lama. Kita perlu menghormati dan memahami sensitiviti agama masing-masing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sebuah video tular di media sosial yang memaparkan keadaan kecoh di sebuah masjid selepas solat Jumaat semalam.
Memetik kenyataan di laman Facebook Malaysian Response Team, video kekecohan itu dikatakan berlaku di Masjid Austin Perdana Johor Bahru.
Difahamkan, kekecohan timbul gara-gara tindakan pemilik sebuah kereta membunyikan hon ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.
Sohaimi dalam pada itu meminta semua pihak bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan.
“Jangan ada yang cuba mencetuskan spekulasi serta meniupkan api perbalahan,” katanya lagi.
The post Insiden gaduh di Johor tak sepatutnya berlaku appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Insiden gaduh di Johor tak sepatutnya berlaku
Anda sekarang membaca artikel Insiden gaduh di Johor tak sepatutnya berlaku dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/insiden-gaduh-di-johor-tak-sepatutnya.html