link : Inspektor disyaki tembak mati teman wanita
Inspektor disyaki tembak mati teman wanita
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor diburu kerana disyaki menembak mati seorang wanita dipercayai teman wanitanya di Kampung Kakai, Serian.
Suspek yang bertugas di Balai Polis Belaga itu melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga sejurus menembak mangsa menggunakan pistol dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu.
Difahamkan suspek meluru masuk ke rumah mangsa yang ketika itu berada di dalam biliknya dan melepaskan satu das tembakan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata pihaknya memfokuskan siasatan dari aspek peribadi antara suspek dan mangsa.
"Mangsa merupakan seorang janda, dan kami menganggapnya sebagai teman wanita kepada suspek kerana dalam rekod polis suspek masih bujang.
"Kita juga tidak menolak kemungkinan suspek telah mengahwini mangsa secara rahsia," katanya kepada Astro AWANI.
Difahamkan usaha sedang digerakkan bagi mengesan suspek yang dikategorikan sebagai berbahaya kerana bersenjata api.
Malah, kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sarawak - Kalimantan Barat, Indonesia yang terletak berhampiran lokasi kejadian turur diperketatkan bagi mengelak suspek bolos ke negara jiran. - Astro
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Inspektor disyaki tembak mati teman wanita
Sekianlah artikel Inspektor disyaki tembak mati teman wanita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Inspektor disyaki tembak mati teman wanita dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/inspektor-disyaki-tembak-mati-teman.html