Intan Ladyana Tidak Mahu Kongsi Kisah Cinta

Intan Ladyana Tidak Mahu Kongsi Kisah Cinta - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Intan Ladyana Tidak Mahu Kongsi Kisah Cinta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Intan Ladyana Tidak Mahu Kongsi Kisah Cinta
link : Intan Ladyana Tidak Mahu Kongsi Kisah Cinta

Baca juga


Intan Ladyana Tidak Mahu Kongsi Kisah Cinta

Aktres wanita terkenal, Intan Ladyana menyatakan bahawa dia kini memilih untuk tidak bercakap tentang hubungan cintanya kepada umum berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Intan Ladyana atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, mengakui bahawa dia serik untuk bersikap terbuka tentang hubungan cinta kerana hubungannya sebelum ini tidak menjadi.

“Saya memilih untuk tidak bercakap mengenai hubungan cinta saya kepada umum kerana sebelum ini saya terlalu terbuka tapi ia tak menjadi, buat saya serik.

“Jadi mengenai hubungan cinta saya dengan sesiapa pun sekarang ini, biarlah rahsia.

“Bila jodoh saya sudah sampai nanti, saya akan buka mulut juga.

“Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk saya,” katanya

Intan, 35, sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta bersama pelakon lelaki terkenal, Kamal Adli namun hubungan mereka terputus di tengah jalan.

Apabila bercerita tentang kerjayanya sebagai seorang pelakon dia berkata setelah dia berehat selama setahun dia kini kembali aktif dan sedang menjalani penggambaran untuk sebuah drama Astro Prima berjudul Semusim Rindu.

“Saya sedang menjalani penggambaran dengan beberapa pelakon termasuk Ben Amir dan Haliza Misbun.

“Saya kembali ke set setelah lebih setahun berehat dari lakonan.

“Saya terima tawaran drama siri 40 episod ini kerana jalan ceritanya yang menarik kerana ia merupakan adaptasi novel.

“Saya baca dan fahamkan novelnya sebelum saya memasuki set.

“Watak saya mengisahkan seorang anak yang sering didera dan murung sewaktu kecil dan mencari punca mengapa dia diperlaku begitu apabila dewasa,” ujarnya lagi.

Drama Semusim Rindu ini bakal ditayangkan di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135) bermula 29 Mei ini.

The post Intan Ladyana Tidak Mahu Kongsi Kisah Cinta appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Intan Ladyana Tidak Mahu Kongsi Kisah Cinta

Sekianlah artikel Intan Ladyana Tidak Mahu Kongsi Kisah Cinta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Intan Ladyana Tidak Mahu Kongsi Kisah Cinta dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/intan-ladyana-tidak-mahu-kongsi-kisah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :