Jadikan Masjid Pusat Deradikalisasi Keganasan

Jadikan Masjid Pusat Deradikalisasi Keganasan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jadikan Masjid Pusat Deradikalisasi Keganasan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jadikan Masjid Pusat Deradikalisasi Keganasan
link : Jadikan Masjid Pusat Deradikalisasi Keganasan

Baca juga


Jadikan Masjid Pusat Deradikalisasi Keganasan

ALOR GAJAH – Masjid boleh memainkan peranan sebagai pusat deradikalisasi bagi memastikan umat Islam tidak terjebak dan terjerumus dalam kegiatan keganasan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagi mengekang kegiatan itu dan memulihkan mereka yang telah tersasar, katanya, pihak jawatankuasa masjid harus melaksanakan program berkenaan secara wasatiyah dan konsisten.

“Masjid yang tersergam indah harus diimarahkan dengan pelbagai pengisian…aktiviti masjid bukanlah bermusim dan berkala, ia harus dilakukan sepanjang masa sebagai pusat ibadah, pusat ilmu dan institusi kemasyarakatan.

“Tiga elemen ini sukar dilakukan jika tiada iltizam dan komitmen daripada ahli jemaah dan pengurusan masjid. Secantik mana pun masjid, ia tidak mempunyai sebarang makna jika usaha pengimarahan tidak dapat dilakukan,” katanya ketika berucap pada perasmian Masjid Salmah Khamis oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Masjid itu, yang dibina di kawasan seluas 0.8 hektar dengan kos RM12 juta, mampu menampung seramai 1,000 jemaah.

Ahmad Zahid berkata dasar deradikalisasi bagi memulihkan pengganas di negara ini telah bermula sejak 1948 ketika negara diancam komunis, kumpulan al-Maunah, kumpulan Jemaah Islamiah dan Kumpulan Militan Malaysia yang mahu mewujudkan Islamic State atau Daesh.

Beliau berkata ketakutan terhadap Islam atau Islamophobia tercetus apabila wujudnya sebilangan golongan yang tidak mempunyai asas agama kukuh tetapi mencari jalan singkat ke syurga.

“Sebanyak 87 peratus yang terlibat dalam aktiviti keganasan ini adalah mereka yang tidak ada asas langsung dalam pendidikan agama. Islam itu cantik, Islam itu indah tetapi ia sering dirosakkan oleh satu atau dua titik nila yang mencorakkan warna susu sebelanga,” katanya.

Dengan Malaysia dipilih sebagai lokasi Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi, katanya ia menunjukkan kebolehpercayaan masyarakat dunia kepada negara dalam usaha memerangi keganasan.

Dalam pada itu, timbalan perdana menteri berkata keharmonian pelbagai agama harus dimulakan dengan umat Islam menghormati agama lain jika mereka mahu agama lain menghormati Islam.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata Masjid Salmah Khamis dinamakan sempena ibu dan ayah mentuanya dan institusi berkenaan diwakafkan kepada Baitulmal Melaka untuk kegunaan semua kariah di kawasan itu. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jadikan Masjid Pusat Deradikalisasi Keganasan

Sekianlah artikel Jadikan Masjid Pusat Deradikalisasi Keganasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jadikan Masjid Pusat Deradikalisasi Keganasan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/jadikan-masjid-pusat-deradikalisasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :