Jambatan Terpanjang Di India Dirasmikan

Jambatan Terpanjang Di India Dirasmikan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jambatan Terpanjang Di India Dirasmikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jambatan Terpanjang Di India Dirasmikan
link : Jambatan Terpanjang Di India Dirasmikan

Baca juga


Jambatan Terpanjang Di India Dirasmikan


NEW DELHI: Perdana Menteri India Narendra Modi merasmikan jambatan terpanjang di negara itu yang terletak di timur laut Assam dalam satu majlis pada Jumaat.

Menurut beliau jambatan Dhola-Sadiya sepanjang 9.15 kilometer di sungai Brahmaputra itu akan meningkatkan hubungan antara Assam dan Arunachal Pradesh yang bersempadan dengan China.

Selain itu katanya, ia juga akan membantu membangunkan lagi ekonomi di rantau berkenaan dengan lebih meluas.

Tambah beliau, bahagian timur dan timur laut India mempunyai potensi besar dalam pembangunan ekonomi dan jambatan itu adalah "salah satu elemen" selaras dengan wawasan kerajaan persekutuan.

Nama jambatan berkenaan diambil sempena nama pemuzik dan penyair Assam Bhupen Hazarika dan majlis perasmiannya bertepatan dengan tempoh tiga tahun kerajaan pimpinan Modi berkuasa.

Sejak kemenangan besar dalam pilihan raya kebangsaan pada Mei 2014, Parti Bharatiya Janata (BJP) telah berjaya menembusi negeri di rantau timur laut yang sebelum ini kehadiran BJP agak tidak ketara.

-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jambatan Terpanjang Di India Dirasmikan

Sekianlah artikel Jambatan Terpanjang Di India Dirasmikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jambatan Terpanjang Di India Dirasmikan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/jambatan-terpanjang-di-india-dirasmikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :