link : Jangan Pandang Ke Atas Tengok Orang Lain Banyak Kereta, Rumah Besar, Isteri Cantik
Jangan Pandang Ke Atas Tengok Orang Lain Banyak Kereta, Rumah Besar, Isteri Cantik
Penjawat awam diminta tidak terlibat dalam perbuatan rasuah dan bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja dalam sektor kerajaan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rasa syukur boleh timbul jika penjawat awam sekali-sekala melihat kepada mereka yang masih tidak memiliki pekerjaan atau bekerja sebagai nelayan dan petani.
"Jangan terlampau melihat apa yang orang lain ada. Tengok ke bawah ramai lagi yang masih terkial-kial. Kita sebagai penjawat awam hujung bulan masuk gaji. Petani dan nelayan sehari tidak bekerja tiada gaji.
"Syukur apa yang kita ada. Jangan terlalu memandang `ke atas' seperti orang lain ada banyak kereta, rumah besar, isteri cantik memang tidak akan mencukupi," katanya ketika ditemui pada sidang media sempena Malis Penyampaian Hadiah Pertandingan Anugerah Medan Selera Peringkat Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Menurutnya, penjawat awam yang tahu bersyukur tidak akan mudah terjebak dengan perbuatan yang boleh mencemar dan merendahkan harga diri mereka dengan perbuatan salah.
Dalam pada itu, beliau menuntut setiap pengusaha makanan di Negeri Sembilan mengutamakan kebersihan dan kesihatan demi menjamin keselamatan pengguna di negeri ini.
Menurutnya, beliau kesal kerana 66 peratus premis makanan yang diperiksa di negeri ini dari Januari hingga April lalu gagal memenuhi peraturan yang ditetapkan jabatan kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.
"Saya tidak mahu Negeri Sembilan dikenali sebagai tempat makan yang menyebabkan sakit perut disebabkan keracunan makanan," katanya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Jangan Pandang Ke Atas Tengok Orang Lain Banyak Kereta, Rumah Besar, Isteri Cantik
Anda sekarang membaca artikel Jangan Pandang Ke Atas Tengok Orang Lain Banyak Kereta, Rumah Besar, Isteri Cantik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/jangan-pandang-ke-atas-tengok-orang.html