link : Jangan Sesekali Runtuhkan Negara, Kata Najib
Jangan Sesekali Runtuhkan Negara, Kata Najib
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan rakyat Malaysia bahawa mereka perlu berjuang untuk negara dan jangan sesekali meruntuhkannya.
Beliau berkata sebagai rakyat Malaysia, setiap orang perlu bekerjasama untuk menjadikan negara lebih kuat dan malah lebih cemerlang di masa depan.
“Ini negara kita, kita dilahirkan di sini. Kita ialah rakyat Malaysia sejati, kita akan berjuang untuk Malaysia.
“Jangan sesekali kita runtuhkan Malaysia, kerana kita mempunyai peluang untuk menjadikannya lebih kuat dan malah lebih baik di masa depan,” katanya semasa melancarkan logo Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Dialog TN50 fasa kedua di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Jangan Sesekali Runtuhkan Negara, Kata Najib
Anda sekarang membaca artikel Jangan Sesekali Runtuhkan Negara, Kata Najib dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/jangan-sesekali-runtuhkan-negara-kata.html