link : Jarang Luangkan Masa, Syaiful Zero Minta Maaf Pada Anak
Jarang Luangkan Masa, Syaiful Zero Minta Maaf Pada Anak
Netizen tersentuh apabila pelawak dari kumpulan Zero, Syaiful, 28, memohon maaf daripada anaknya, Mohamaad Sharif Isyraq melalui Instagram kerana tidak dapat meluangkan masa bersama.
Memetik laporan BH online, Syaiful berkongsi luahan hatinya itu, pada Jumaat lalu, sempena hari kelahiran yang pertama anak sulungnya itu.
Alhamdulillah, semoga menjadi anak yang taat dan hormat pada ibu bapa dan orang sekeliling. Semoga menjadi anak yang boleh membimbing keluarga dan menjadi pemimpin yang baik.
“Hanya doa yang ayah mampu berikan untukmu wahai anakku. Minta maaf kerana di hari pentingmu, ayah tidak dapat meraikan hari kelahiranmu dan hari perjuangan antara hidup dan mati ibumu untuk melahirkan kamu.
“Maafkan ayah tiada di sisi kamu kerana kesibukan kerja. Minta maaf kerana kau membesar tanpa ada ayah di sisi. Kau mengenal dunia tanpa ayah memimpinmu,” katanya.
Dalam pada itu, Syaiful menerima ketentuan hidup dengan positif sambil menganggap semua yang diusahakannya adalah rezeki buat anaknya.
Syaiful mendirikan rumah tangga dengan, Ashura Rudy pada 24 Julai 2015 di Surai Kampung Pantai Bahagia, Kudat Sabah. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Mohamaad Sharif pada 5 Mei 2016.
The post Jarang Luangkan Masa, Syaiful Zero Minta Maaf Pada Anak appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Jarang Luangkan Masa, Syaiful Zero Minta Maaf Pada Anak
Anda sekarang membaca artikel Jarang Luangkan Masa, Syaiful Zero Minta Maaf Pada Anak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/jarang-luangkan-masa-syaiful-zero-minta.html