link : Jenazah pelumba Cub Prix selamat dikebumikan
Jenazah pelumba Cub Prix selamat dikebumikan
SEREMBAN - Jenazah pelumba Cub Prix, Norizman Ismail yang maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika sesi ujian masa di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu semalam, selamat dikebumikan di kampung isterinya dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.
Kira-kira 200 orang menghadiri upacara pengkebumian jenazah mangsa di Tapak Perkuburan Felda Sendayan pagi ini termasuk isteri anak-anaknya yang masih kecil.
Norizman, 32, yang menunggang untuk pasukan OneXoX TKKR Racing disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di sebuah hospital di Terengganu pada pukul 4.50 petang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Malaysian Cub Prix semalam, Norizman terjatuh ketika melalui satu selekoh di litar kejohanan itu semasa menjalani sesi ujian masa kategori CP150.
Norizman memulakan karier di Cub Prix pada tahun 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2011.
Pihak Cub Prix memutuskan untuk membatalkan perlumbaan di Kemaman tersebut bagi menghormati kematian Norizman. - K! ONLINE
Demikianlah Artikel Jenazah pelumba Cub Prix selamat dikebumikan
Sekianlah artikel Jenazah pelumba Cub Prix selamat dikebumikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jenazah pelumba Cub Prix selamat dikebumikan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/jenazah-pelumba-cub-prix-selamat.html