link : JKM selamat tiga beradik didera ibu kandung
JKM selamat tiga beradik didera ibu kandung
LIMBANG: Tiga beradik dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandung sendiri di Kuala Berawan Baru, diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Limbang, semalam.
Tiga beradik termasuk kakak sulung berusia 14 tahun dan dua lelaki masing-masing berusia 12 dan 10 tahun didapati memiliki kesan lebam dipercayai akibat penderaan.
Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, ketiga-tiga beradik itu sudah dirujuk ke Hospital Limbang untuk pemeriksaan doktor.
"Terdapat kesan lebam lama di bahagian paha mangsa berusia 12 tahun, selain ada petunjuk berlaku penderaan mental dilakukan terhadap mereka," katanya hari ini.
Beliau berkata, adik beradik itu dikurung di rumah dan tidak dibenarkan bersekolah oleh ibu mereka sejak seminggu lalu.
Katanya, ibu kanak-kanak itu yang berusia 35 tahun dipercayai melakukan tindakan itu dipercayai kerana tertekan berikutan masalah keretakan rumah tangga.
Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
JKM akan memohon perintah mahkamah di Miri esok bagi proses untuk menghantar kanak-kanak itu ke Pusat Perlindungan Kanak-Kanak di Kota Kinabalu atau diserahkan kepada keluarga terdekat.-BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel JKM selamat tiga beradik didera ibu kandung
Sekianlah artikel JKM selamat tiga beradik didera ibu kandung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel JKM selamat tiga beradik didera ibu kandung dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/jkm-selamat-tiga-beradik-didera-ibu.html