link : Jualan Online: Jangan Gatal Isi Detail Nak Tahu Harga
Jualan Online: Jangan Gatal Isi Detail Nak Tahu Harga
MEMBELI belah secara dalam talian bukan perkara baru bagi era teknologi yang semakin maju ini.
Namun, disebalik kemajuan ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kemudahan sedia ada untuk menipu individu yang gemar membeli belah di dalam talian ini.
Seorang pengguna Facebook, Wan Abdul Halim berkongsi pengalamannya yang menjadi mangsa penipuan kepada sebuah produk kecantikan antarabangsa baru-baru ini.
Menurutnya, dia hanya memasukkan maklumat ke dalam sebuah web yang menawarkan barangan kecantikan iaitu masker mengurangkan bintik hitam untuk mendapatkan harga bagi barangan tersebut.
Dia bagaimana pun tidak bercadang untuk membeli produk tersebut kerana harga yang mencecah ratusan ringgit.
Alangkah terkejutnya apabila menerima bungkusan yang dihantar dari luar negara dan dikenakan caj RM339.60 walaupun tidak pernah membuat sebarang pesanan dalam talian.
“Bila masa aku order benda ni? Aku cuma masukkan detail untuk tengok harga je, tak de la nak order bila tengok harga ratus ringgit. Bayaran apa pun takde buat.
“Tapi hari ni barang dah sampai dan aku kena bayar RM339.60. Pelik rasanya,” tulisnya.
Wan Abdul Halim akhirnya mengetahui itu adalah taktik penipuan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di Singapura, Filipina dan beberapa negara lain.
“Inilah tektik penipuan yang mana kita tak beli pun dia akan hantar barang ke alamat kita.
“Lepas tu jika kita tidak bayar dalam beberapa hari terus kita dapat surat saman.
“Iklan Lux Style Black Head Killer sedang hot di fb sekarang, sekali tengok video dia terus rasa nak beli, iklan ni banyak dapat like dan pm hingga cecah beribu ribu dari rakyat malaysia yang minat dengan produk ni.
“Produk dan scammer ni memang dah viral sekarang ni.Saya bagitau ni sebab nak ingatkan kepada rakan-rakan FB jangan gatal-gatal nak isi detail masa nak tengok harga produk ni. Yang mana dah isi tunggu jelah bungkusan sampai,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, netizen turut berkongsi pengalaman yang sama dan kejadian tersebut dilaporkan kepada polis untuk tindakan.
“Saya pun baru je terkena. Baru semalam produk ni sampai rumahhh. Dah g buat report. Polis cakap abaikan ja tapi masih kena berhati-hati,” tulis Syafiqah Shaharudin. -MYNEWSHUB.CC
Video dibawah sekadar hiasan.
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Jualan Online: Jangan Gatal Isi Detail Nak Tahu Harga
Anda sekarang membaca artikel Jualan Online: Jangan Gatal Isi Detail Nak Tahu Harga dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/jualan-online-jangan-gatal-isi-detail.html