link : Juruterbang Dan Pembantunya Maut Apabila Pesawat Terjatuh Ke Dalam Gaung
Juruterbang Dan Pembantunya Maut Apabila Pesawat Terjatuh Ke Dalam Gaung
CHARLESTON, WEST VIRGINIA - Seorang juruterbang bersama pembantunya didapati terbunuh setelah pesawat kargo yang disewa UPS terkeluar dari landasan ketika mendarat dan jatuh ke lereng bukit di sebuah lapangan terbang di sini, hari ini, lapor Harian Metro
Pesawat kecil dua enjin turboprop milik Air Cargo Carriers itu berlepas dari Louisville, Kentucky, pada 5:43 pagi waktu tempatan dan tiba di Lapangan Terbang Yeager di Charleston, West Virginia, itu pada 6:51 pagi.
Menurut jurucakap lapangan terbang itu, Mike Plante, memaklumkan bahawa pihaknya belum tahu mengapa pesawat terbabit terhempas sedangkan juruterbang tersebut telah biasa menggunakan lapangan terbang berkenaan, katanya.
Apabila pesawat itu terkeluar dari landasan, pesawat itu terjatuh ke dalam hutan berdekatan dengan landasan di atas bukit itu. Sehingga kini pasukan penyelamat berusaha sampai ke lokasi pesawat itu dari atas dan bawah.
Menurut UPS dalam kenyataannya, syarikat itu sudah mengetahui mengenai nahas berkenaan dan akan memberi maklumat lanjut apabila diperolehi daripada pihak berkuasa.
Pihak berkuasa lapangan terbang Charleston telah bercadang untuk membelanjakan AS$920 juta bagi memanjangkan landasan di lapangan terbang itu selepas tanah runtuh pada 2015 yang meranapkan sebuah gereja dan sebuah rumah. - Harian Metro
Demikianlah Artikel Juruterbang Dan Pembantunya Maut Apabila Pesawat Terjatuh Ke Dalam Gaung
Anda sekarang membaca artikel Juruterbang Dan Pembantunya Maut Apabila Pesawat Terjatuh Ke Dalam Gaung dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/juruterbang-dan-pembantunya-maut.html