link : Kakitangan Media, VIP 'Dicekup' SPRM
Kakitangan Media, VIP 'Dicekup' SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai agensi media kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan, kononnya mampu menutup kes disiasat agensi terbabit.
Difahamkan, suspek lelaki berusia 54 tahun itu meminta RM70,000 daripada seorang kenamaan (VIP) sebagai habuan untuk menyelesaikan kesnya yang ketika ini disiasat SPRM.
Menurut sumber, pengadu yang juga VIP berkenaan ditahan di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama wang tunai kira-kira RM20,000, kira-kira jam 9.30 malam, semalam.
"Suspek yang bekerja di sebuah agensi media memaklumkan pengadu bahawa dia mempunyai kenalan di SPRM, justeru mampu menyelesaikan kes membabitkan agensi berkenaan.
"Suspek dijangka dibawa ke mahkamah Putrajaya untuk direman hari ini bagi membantu siasatan SPRM mengikut seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009," katanya, hari ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan pihaknya memandang serius kes berkenaan. Beliau menegaskan SPRM tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan sedemikian yang boleh menjatuhkan reputasi agensi penguat kuasa berkenaan.
"Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku, malah SPRM sebelum ini telah mengambil tindakan terhadap beberapa individu kerana menggunakan nama agensi untuk mengutip rasuah dan ia adalah perbuatan yang boleh menjejaskan nama baik SPRM," katanya.
Azam menasihatkan orang ramai, khususnya individu yang disiasat SPRM untuk berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan pihak tertentu yang mendakwa kononnya mempunyai 'kabel dalam' bagi menyelesaikan kes.
Katanya, mana-mana pihak yang didatangi individu sedemikian perlu tampil menyalurkan maklumat supaya tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap mereka. - BHarian
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Kakitangan Media, VIP 'Dicekup' SPRM
Sekianlah artikel Kakitangan Media, VIP 'Dicekup' SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kakitangan Media, VIP 'Dicekup' SPRM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kakitangan-media-vip-dicekup-sprm_31.html