link : Kalau Ada 5 Ciri Ini, Ternyata Anda Adalah Orang Yang Takut Dibuang Kerja!
Kalau Ada 5 Ciri Ini, Ternyata Anda Adalah Orang Yang Takut Dibuang Kerja!
Masih ramai golongan yang berperang nak berhenti kerja untuk mula bisnes sendiri dan cukup takut dibuang kerja, bukan kerana tak mampu tetapi mungkin disebabkan beberapa sebab yang dikongsikan oleh penulis buku Gila Hartanah ini, Harith Faisal. Jom semak, adakah kita sendiri pun terselit masalah yang sama...
1. Tak ada simpanan kecemasan
Simpanan kecemasan sangat penting. Level newbie, kau dapatkan dulu simpanan kecemasan sama dengan 3 bulan gaji. Nak lebih okay, simpan sampai cukup 6 bulan gaji. Dapat 12 bulan punya gaji lagilah okay.
2. Tak ada income pelaburan
Ilmu pelaburan kau kena ada walau kau rasa kerjaya kau dah stabil. Sebab kalau duit yang kau ada tak dilaburkan, macam mana nak berkembang. Kalau dibuang kerja, income dari pelaburan inilah kau guna untuk sara hidup.
3. Tak ada side income
Bila dah ada side income, kau akan rasa lebih selamat kalau dibuang kerja. Lagi-lagi kalau side income tu sama dengan gaji sebulan kau. Ala, buat sambil-sambil je. Kalau rasa tak cukup dengan satu side income, buat dua.
4. Tak ada rumah sendiri
Buatnya betul-betul kena buang kerja, mesti kau paling takut tak dapat bayar sewa rumah. Lebih tragis, tuan rumah kau tu garang takde hati perut. Habis dihalau kau dan keluarga. Kalau dapat yang baik hati, untunglah kau.
5. Tak ada ilmu
Kalau takda ilmu, memang haru hidup kau. Sepatutnya awal-awal kerja dah mula cari ilmu pelaburan dan hartanah. Bila ada ilmu, kau takkan ada masalah 1, 2, 3 dan 4 tu. Belajar cepat-cepat sebelum terlambat.
Kalau dah namanya makan gaji, kita kena jangka apa benda buruk yang bakal berlaku kat kita. Dimarahi boss, jangan melawan. Itu dah masuk dalam job skop kita. Layankan je. Kalau dah tak tahan, resignlah. Buat apa tunggu.
Dibuang kerja. Bersedialah daripada awal. Bila kita dah tak diperlukan dan menambah beban kat syarikat, takkan boss masih nak simpan kita. Mestilah dia akan buang kita secara terhormat walau tanpa kita relakan.
Jadi, cepat-cepatlah tangani 5 ciri-ciri kat atas tu. Kawan ofis semua baik-baik, lunch sama-sama. Tapi bila kau dah dibuang kerja, tak adanya dorang nak bank in RM3K sebulan kat kau. Pandai-pandailah kau teruskan hidup.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kalau Ada 5 Ciri Ini, Ternyata Anda Adalah Orang Yang Takut Dibuang Kerja!
Anda sekarang membaca artikel Kalau Ada 5 Ciri Ini, Ternyata Anda Adalah Orang Yang Takut Dibuang Kerja! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kalau-ada-5-ciri-ini-ternyata-anda.html