link : 'Kami Tidak Mahu Pertempuran Di Marawi Merebak Ke Iligan' - Penduduk Marawi
'Kami Tidak Mahu Pertempuran Di Marawi Merebak Ke Iligan' - Penduduk Marawi
MANILA: Perintah berkurung dilaksanakan di Iligan susulan kebimbangan pemberontak Maute turut menyelinap masuk bersama penduduk Marawi yang melarikan diri pada hari ketujuh pertempuran di situ.
Pertempuran di Marawi - 38 kilometer dari Iligan - dengan kumpulan Maute adalah cabaran terbesar Presiden Rodrigo Duterte sepanjang 11 bulan pemerintahannya, apabila kumpulan itu masih mengawal sebahagian bandar serta berjaya menangkis serangan udara helikopter dan komando di darat.
Sebahagian 200,000 penduduk Marawi sudah meninggalkan bandar itu, kebanyakannya ke Iligan seterusnya mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa bahawa pemberontak menyorok dalam kalangan orang awam untuk melaksanakan serangan baru.
“Kami tidak mahu pertempuran di Marawi merebak ke Iligan.
“Kami akan memastikan keselamatan penduduk di sini dengan menghalang militan masuk melaksanakan aktiviti keganasan,” kata ketua Batalion Infantri Mekanikal Keempat, Kolonel Alex Aduca kepada radio DZMM.
Menurutnya, beberapa pemberontak ditangkap ketika cuba masuk ke Iligan.
Sementara itu, jurucakap tentera Filipina Restituto Padilla semalam berkata operasi di Marawi semakin berjaya merampas semula kawasan dipegang kumpulan itu.
“Komander kami di darat berkata ia akan ditamatkan tidak lama lagi. Buat masa ini kami berusaha mengasingkan pemberontak,” katanya.
Seramai 61 militan, 20 anggota keselamatan dan 19 orang awam maut sejak Selasa lalu, apabila pemberontak Maute mencetuskan pertempuran di Marawi selepas kegagalan tentera Filipina menangkap Isnilon Hapilon yang dikaitkan dengan Daish.
Kemampuan Maute bertahan melawan tentera kerajaan selama tujuh hari lalu menambahkan kebimbangan ideologi radikal Daish tersebar di selatan Filipina dan menjadi pusat perlindungan militan termasuk dari Indonesia serta Malaysia.
Tentera percaya Maute melaksanakan serangan sebelum Ramadan untuk menarik perhatian Daish dan diiktiraf sebagai sekutunya di Asia Tenggara.
Sementara itu, saksi di Marawi mendakwa melihat militan mengibarkan bendera Daish dan memakai pakaian berwarna hitam bersama balutan kain dikepala yang biasa dipakai anggota kumpulan berkenaan.-Reuters
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel 'Kami Tidak Mahu Pertempuran Di Marawi Merebak Ke Iligan' - Penduduk Marawi
Sekianlah artikel 'Kami Tidak Mahu Pertempuran Di Marawi Merebak Ke Iligan' - Penduduk Marawi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Kami Tidak Mahu Pertempuran Di Marawi Merebak Ke Iligan' - Penduduk Marawi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kami-tidak-mahu-pertempuran-di-marawi.html