Kastam rampas dadah bernilai RM18.33 juta di Bukit Kayu Hitam

Kastam rampas dadah bernilai RM18.33 juta di Bukit Kayu Hitam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kastam rampas dadah bernilai RM18.33 juta di Bukit Kayu Hitam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kastam rampas dadah bernilai RM18.33 juta di Bukit Kayu Hitam
link : Kastam rampas dadah bernilai RM18.33 juta di Bukit Kayu Hitam

Baca juga


Kastam rampas dadah bernilai RM18.33 juta di Bukit Kayu Hitam



BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah berjaya mematahkan sindiket penyeludupan dadah selepas merampas 198 kilogram pelbagai jenis bahan larangan tersebut bernilai RM18.33 juta di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), di sini, pada Selasa lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Datuk Zulkifli Yahya berkata, dadah tersebut dirampas selepas pihaknya menahan sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun untuk pemeriksaan di CIQ tersebut pada pukul 9.15 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan itu, pegawai kastam mendapati dalam but kereta berkenaan ditutup dengan papan lapis seolah- oleh kotak pembesar suara yang telah diubah suai.

Katanya, pada masa sama, pegawai kastam yang melakukan pemeriksaan itu terlihat sesuatu objek yang mencurigakan melalui lubang kotak pembesar suara itu.

"Hasil pemeriksaan rapi, sejumlah ketulan yang disyaki dadah jenis herion seberat kira-kira 154 kilogram ditemui dalam kotak berkenaan.

"Mereka juga menemui sejumlah bungkusan dadah jenis methamphetamine seberat 38 kilogram dan sejumlah bungkusan dadah jenis ketamine seberat 38 kilogram," katanya pada sidang akhbar di CIQ di sini hari ini.

Zulkifli berkata, pemandu kereta berkenaan yang merupakan seorang lelaki rakyat tempatan dan juga merupakan penganggur ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, hasil soal siasat terhadap pemandu kereta tersebut, pihaknya menangkap seorang lagi warga tempatan berusia 36 tahun di Alor Setar dekat sini dipercayai anggota sindiket penyeludupan dadah tersebut pada hari yang sama.

"Rampasan dadah tersebut merupakan yang terbesar JKDM negeri ini pada tahun ini," katanya.

Tambahnya, kedua-dua lelaki itu telah direman sehingga 5 Jun lalu di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kastam rampas dadah bernilai RM18.33 juta di Bukit Kayu Hitam

Sekianlah artikel Kastam rampas dadah bernilai RM18.33 juta di Bukit Kayu Hitam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kastam rampas dadah bernilai RM18.33 juta di Bukit Kayu Hitam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kastam-rampas-dadah-bernilai-rm1833.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :