‘KATAK EZAM’ DENGAN KOTAK-KOTAKNYA

‘KATAK EZAM’ DENGAN KOTAK-KOTAKNYA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘KATAK EZAM’ DENGAN KOTAK-KOTAKNYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘KATAK EZAM’ DENGAN KOTAK-KOTAKNYA
link : ‘KATAK EZAM’ DENGAN KOTAK-KOTAKNYA

Baca juga


‘KATAK EZAM’ DENGAN KOTAK-KOTAKNYA

PEMIMPIN Parti Bebas Rasuah, Datuk Ezam Mohd Nor memang selayaknya digelar katak. Mungkin lebih tepat lagi katak daripada spesis puru. Ini berdasarkan rekodnya di dalam politik yang gemar melompat keluar masuk parti.

Untuk rekod, Ezam adalah salah seorang setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau berada dalam kerajaan. Selepas penyingkirannya, Ezam dilantik sebagai ketua pemuda PKR. Beliau kemudian menyertai UMNO semula sebelum keluar sekali dan menubuhkan Parti Bebas Rasuah bersama seorang bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan baru-baru ini.

Dan sifat katak Ezam ini bukan sahaja ditampilkan menerusi tindakannya melompat keluar masuk parti, tetapi kenyataan yang dibuatnya juga turut menampilkan ciri-ciri katak kerana ianya tidak konsisten.

Kebanyakan orang yang mengikuti perkembangan politik negara pastinya tahu si katak Ezam ini sinonim dengan cerita enam kotaknya yang mana satu ketika dahulu beliau pernah menggemparkan negara kononnya beliau mempunyai enam kotak yang mengandungi amalan rasuah pegawai kerajaan pada 1998.

Namun yang peliknya beliau tidak pernah pula bertindak untuk mendedahkan kandungan daripada kotak-kotak tersebut.

Dan dalam satu laporan oleh sebuah portal berita sekitar tahun 2008, kenyataannya sudah berubah apabila beliau mendakwa bukti-bukti itu tidak ada padanya, sebaliknya berada di tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

“Kalau ada pada saya, sudah tentu saya tunjukkan. Saya konsisten dengan perjuangan membenteras rasuah,” beliau dipetik sebagai berkata.

2017 ini lain pula ceritanya apabila beliau melompat lagi dengan membuat kenyataan seolah-olah beliau memiliki kotak-kotak tersebut.

Bercakap pada majlis forum mengenai 1MDB di Petaling Jaya malam tadi, Ezam mendakwa kononnya dia tidak mendedahkan kandungan kotak tersebut kerana takut dipenjara.

“Macam mana saya nak keluarkan enam kotak? Baru keluar dua helai, sudah kena duduk di Penjara Kajang,” katanya merujuk kepada hukuman yang dikenakan kepadanya kira-kira 15 tahun lalu.

Justeru itu penulis beranggapan cerita si katak Ezam dengan enam kotaknya ini sudah tak boleh pakai lagi. Ianya hanya dijadikan modal publisiti semata-mata oleh Ezam untuk menarik perhatian. Cumanya mungkin si katak ini tak sedar yang modalnya itu sudah ‘basi’. Orang ramai sudah muak dengan gimiknya itu yang hanya omong kosong.


Demikianlah Artikel ‘KATAK EZAM’ DENGAN KOTAK-KOTAKNYA

Sekianlah artikel ‘KATAK EZAM’ DENGAN KOTAK-KOTAKNYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘KATAK EZAM’ DENGAN KOTAK-KOTAKNYA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/katak-ezam-dengan-kotak-kotaknya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :