link : Kawalan Keselamatan Di Semua Pintu Masuk Negara Dipertingkat - TPM Ahmad Zahid
Kawalan Keselamatan Di Semua Pintu Masuk Negara Dipertingkat - TPM Ahmad Zahid
KUALA NERUS: Kawalan keselamatan di semua pintu masuk seluruh negara termasuk laluan tikus akan dipertingkat bagi memastikan anggota pengganas yang kini diburu pihak berkuasa negara jiran tidak menyusup masuk ke negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tindakan itu diambil susulan berlakunya beberapa siri serangan keganasan melibatkan anggota militan di Marawi, selatan Filipina, Indonesia dan Bangkok, Thailand baru-baru ini.
"Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia akan memantau dengan dekat kerana memang ada kemungkinan mereka (anggota pengganas) yang terlepas lari dari Marawi (Mindanao) atau dari Indonesia dan Bangkok akan ke Malaysia kerana sedang diburu pihak berkuasa di negara terlibat
"Kita akan pastikan pintu-pintu masuk mempunyai siap-siaga yang tinggi termasuk lorong-lorong tikus serta kawalan sempadan Semenanjung Malaysia ditingkatkan dengan bantuan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) untuk kawalan di timur Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama warga Kementerian Dalam Negeri peringkat Terengganu di Masjid Tok Jembal, di sini, hari ini. - BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Kawalan Keselamatan Di Semua Pintu Masuk Negara Dipertingkat - TPM Ahmad Zahid
Sekianlah artikel Kawalan Keselamatan Di Semua Pintu Masuk Negara Dipertingkat - TPM Ahmad Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kawalan Keselamatan Di Semua Pintu Masuk Negara Dipertingkat - TPM Ahmad Zahid dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kawalan-keselamatan-di-semua-pintu.html