link : Kecewa Pemain Kelantan Dipancing Persatuan Lain Dari Pintu Belakang
Kecewa Pemain Kelantan Dipancing Persatuan Lain Dari Pintu Belakang
Tan Sri Annuar Musa hari ini melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir daripada pemain pasukan itu cuba dipancing oleh persatuan lain walaupun masih terikat dengan kontrak.
Annuar berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana pemain yang masih terikat dengan kontrak tidak boleh dihubungi oleh pasukan lain untuk ditawarkan kontrak baharu.
"Ramai pemain (Kelantan) cuba dilarikan, biarpun sepatutnya dalam kontrak pemain terbabit tidak boleh dihubungi atau ditawar (kontrak) dari pintu belakang tetapi perkara ini sudah berlaku, ramai sudah dipancing.
"Saya berharap pemain yang masih mempunyai baki kontrak bersama Kelantan akan terus memberikan khidmat cemerlang pada baki perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini," katanya menerusi catatan terbaharu di laman Facebooknya.
Ketika ini, tercetus khabar angin yang mendakwa terdapat beberapa pemain Kelantan dikhabarkan bakal berpindah selepas dipancing oleh pasukan lain ketika pintu perpindahan pemain dibuka pada pertengahan bulan ini.
Pemain tersebut ditawarkan dengan jumlah bayaran yang lebih tinggi malah ada persatuan dikhabarkan sanggup menebus baki kontrak tersebut.
Antara pemain yang dikatakan berpindah ialah pemain import Kelantan Mohammed Ghaddar, Indra Putra Mahyuddin, Mohammad Qayyum Marjoni Sabil dan beberapa lagi tonggak utama pasukan itu.
Dalam pada itu, Annuar turut memberi bayangan masa depan The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) akan berkubur memandangkan ia kini eksklusif kepada pasukan yang 'kaya' sahaja.
"TRW mungkin tidak lagi wujud dalam Liga M tidak lama lagi...di bawah peraturan sekarang pasukan miskin sudah tiada tempat lagi di Liga Super.
"Sedih bila tengok kita miskin tak cukup duit dan semua orang membiarkan kita terkapai-kapai...terus dikena pelbagai tekanan," katanya.
Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) mengumumkan dua pasukan Liga Super -Kelantan dan T-Team - antara empat pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan enam mata berkuat kuasa serta-merta ekoran kegagalan melengkapkan pengesahan penyertaan pertandingan liga berkenaan yang berakhir pada Disember 2016.
Sementara dua pasukan Liga Perdana, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menerima nasib yang sama setelah gagal menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh ditetapkan. - Bernama
Demikianlah Artikel Kecewa Pemain Kelantan Dipancing Persatuan Lain Dari Pintu Belakang
Sekianlah artikel Kecewa Pemain Kelantan Dipancing Persatuan Lain Dari Pintu Belakang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kecewa Pemain Kelantan Dipancing Persatuan Lain Dari Pintu Belakang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kecewa-pemain-kelantan-dipancing.html