link : “Kekok Mulanya Gerak Geri Diiringi Pengawal” - Juliana Evans
“Kekok Mulanya Gerak Geri Diiringi Pengawal” - Juliana Evans
Juliana menikmati saat bahagia bersama suami. (Gambar: Instagram @julianaevans)
Bergelar isteri kepada kerabat diraja Johor bernama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al Hajj sejak 30 April lalu, Juliana Evans kini melalui serba sedikit fasa kehidupan berbeza termasuklah dirinya kini yang turut diawasi pengawal peribadi. Pelakon berdarah campuran itu mengakui pada mulanya dia agak kekok apabila setiap gerak geri langkahnya diawasi pengawal peribadi.
Namun kini pelakon yang akan muncul dengan filem Bella dan Jamie bergandingan dengan Liyana Jasmay sekitar Oktober hadapan itu mula membiasakan hal berkenaan.
“Jujur saya pada mulanya tak biasa dan kurang faham apabila setiap pergerakan ada orang ikut ke mana sahaja. Kekok memang kekok. Iyalah selama ini saya bebas bergerak sendiri.
“Namun selepas berkahwin, suami pun minta saya biasakan perkara tertentu termasuk hal protokol. Mahu atau tidak, saya kena biasakan hal ini. Suami pun bimbangkan keselamatan saya dan marah jika saya keluar tanpa diiringi pengawal peribadi,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Dalam pada itu, Juliana juga tidak terburu-buru memiliki cahaya mata sulung dalam masa terdekat. Baginya, dia mahu menikmati kehidupan bersama suami sepuas-puasnya sebelum hadirnya anak menjadi pelengkap bahagia mereka.
“Pastinya soal anak bukan dalam tahun ini. Saya ikutkan tak mahu merancang. Tapi ketika ini, saya mahu hargai momen berdua bersama suami terlebih dahulu.
“Kami pun baru sahaja berkahwin. Biar stabil semua fasa yang sedang dilalui ini. Nanti nantilah, boleh fikir soal berkenaan,” katanya
Sementara itu, Juliana dan suami juga akan mengadakan majlis resepsi secara besar-besaran selepas raya nanti.
“Majlis nikah yang diadakan lalu memang tertutup dan terhad. Dalam 100 orang tetamu sahaja pun hadir majlis nikah itu. Jadi jemputan untuk pihak saya pun agak terbatas. Saya hanya jemput beberapa orang kawan rapat dan ahli keluarga sahaja.
“Insya-Allah majlis resepsi yang dirancang ini saya akan jemput ramai tetamu termasuk rakan media,” katanya.
Tambah Juliana, ekoran bulan Ramadan hampir menjelma, hasrat untuk berbulan madu juga ditunda seketika. Namun dalam perancangan, dia mahu berbulan madu dengan suami di kepulauan Maldives atau Santorini.
“Saya memang sukakan pantai. Jadi dua lokasi berkenaan antara yang bermain di fikiran,” katanya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel “Kekok Mulanya Gerak Geri Diiringi Pengawal” - Juliana Evans
Anda sekarang membaca artikel “Kekok Mulanya Gerak Geri Diiringi Pengawal” - Juliana Evans dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kekok-mulanya-gerak-geri-diiringi.html