Kelab Pemadam Mahasiswa Akan Diperkembangkan Ke IPTS

Kelab Pemadam Mahasiswa Akan Diperkembangkan Ke IPTS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kelab Pemadam Mahasiswa Akan Diperkembangkan Ke IPTS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kelab Pemadam Mahasiswa Akan Diperkembangkan Ke IPTS
link : Kelab Pemadam Mahasiswa Akan Diperkembangkan Ke IPTS

Baca juga


Kelab Pemadam Mahasiswa Akan Diperkembangkan Ke IPTS

SEREMBAN – Kelab Pemadam Mahasiswa yang kini ditubuhkan di 14 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diperkembangkan ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam usaha mewujudkan lebih ramai sukarelawan di peringkat universiti.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ini sebagai langkah untuk ‘melawan’ penjenayah terancang daripada menjalankan aktiviti dadah mereka di dalam universiti.

“Adalah diharapkan sukarelawan yang dibentuk dalam kalangan mahasiswa akan meneruskan kesukarelawanan mereka setelah meninggalkan universiti. Jadi, ini akan membentuk pelapis baharu iaitu sukarelawan yang boleh membantu anggota Pemadam sedia ada.

“Ini juga merupakan satu proses peremajaan semula dalam keanggotaan Pemadam. Kita berharap sukarelawan ini dapat memilih beberapa sekolah menengah di sekitar universiti mereka untuk menjadi mentor kepada pelajar.

“Selain itu, dapat membentuk Kelab Pemadam di sekolah menengah dengan menjalankan tanggungjawab sukarela untuk membenteras kegiatan dadah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Badan Bukan Kerajaan (NGO) Bersama Komuniti: Bersatu Perangi Dadah anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Sembilan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Mat Ali Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Izhar Abu Talib, Pengarah AADK Negeri Sembilan Ismail Ahmad Khairi dan Pengerusi Pemadam Negeri Sembilan Datuk Abd Samad Ibrahim.

Nur Jazlan yang juga Yang Dipertua Pemadam Kebangsaan berkata apabila sukarelawan dibentuk di sekolah menengah, diharapkan kumpulan mentor ini kemudian akan turun ke sekolah rendah pula untuk memberikan kesedaran.

“Tujuan mewujudkan sukarelawan ini agar mereka juga boleh membantu pengerusi Pemadam di peringkat daerah untuk menjalankan aktiviti. Kita hendak seberapa banyak sukarelawan yang ada. Yang penting ialah dengan penambahan sukarelawan mendaftar sebagai anggota PEMADAM, bermakna ramai yang menolak dadah,” katanya.

Katanya Pemadam dan AADK memberi tumpuan kepada pelajar universiti dan sekolah menengah kerana penjenayah terancang menyasarkan untuk menjual dadah kepada mereka.

Malah, katanya sudah terdapat tanda-tanda penjenayah terancang ini cuba menarik pelajar sekolah rendah juga untuk membeli dadah dalam bentuk gula-gula.

“Jadi kita kena benteras dadah ini di peringkat akar umbi,” katanya. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kelab Pemadam Mahasiswa Akan Diperkembangkan Ke IPTS

Sekianlah artikel Kelab Pemadam Mahasiswa Akan Diperkembangkan Ke IPTS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kelab Pemadam Mahasiswa Akan Diperkembangkan Ke IPTS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kelab-pemadam-mahasiswa-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :