link : Kena 'tampaq' depan masjid [METROTV]
Kena 'tampaq' depan masjid [METROTV]
PEGAWAI Penerangan kepada Ketua Menteri, Zaidi Ahmad, ditampar peserta himpunan aman membantah campur tangan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam isu fatwa di Masjid Simpang Enam, Georgetown, 2.30 petang ini.
Himpunan aman itu bertukar kecoh apabila dikatakan Zaidi cuba melakukan provokasi terhadap Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.
GAMBAR ini dipetik daripada rakaman video kejadian di depan Masjid Simpang Enam, Georgetown. FOTO Mikail Ong
Mohamed Hafiz ketika itu sedang menyampaikan ucapan.
Tindakannya itu dihalang beberapa peserta sebelum seorang daripada mereka yang berang menampar mukanya secara tiba-tiba.
PEGAWAI Penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad (kanan) dilihat bertekak dengan ahli perhimpunan aman bagi membantah campur tangan kerajaan negeri dalam isu fatwa yang diadakan di depan Masjid Simpang Enam, Georgetown. FOTO Mikail Ong
Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya dikawal anggota polis cawangan khas (SB) yang berada di lokasi kejadian.
Perhimpunan itu kemudian berjaya disuraikan secara aman pada 2.40 petang.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kena 'tampaq' depan masjid [METROTV]
Anda sekarang membaca artikel Kena 'tampaq' depan masjid [METROTV] dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kena-tampaq-depan-masjid-metrotv.html