KENAPA PAS PERLU DOLAK-DALIK LEPAS ‘BERCERAI’? PUTUS PUTUS LAH....BUAT APA LAGI TUNGGU

KENAPA PAS PERLU DOLAK-DALIK LEPAS ‘BERCERAI’? PUTUS PUTUS LAH....BUAT APA LAGI TUNGGU - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KENAPA PAS PERLU DOLAK-DALIK LEPAS ‘BERCERAI’? PUTUS PUTUS LAH....BUAT APA LAGI TUNGGU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KENAPA PAS PERLU DOLAK-DALIK LEPAS ‘BERCERAI’? PUTUS PUTUS LAH....BUAT APA LAGI TUNGGU
link : KENAPA PAS PERLU DOLAK-DALIK LEPAS ‘BERCERAI’? PUTUS PUTUS LAH....BUAT APA LAGI TUNGGU

Baca juga


KENAPA PAS PERLU DOLAK-DALIK LEPAS ‘BERCERAI’? PUTUS PUTUS LAH....BUAT APA LAGI TUNGGU

Penulis sebelum ini pernah menggesa supaya PAS bersikap ‘gentleman’ dan membuat keputusan untuk keluar serta merta dari Kerajaan Negeri Selangor selepas mereka menghadapi masalah dan Pakatan Rakyat berkubur.

Apatah lagi PKR ketika itu dilihat begitu cenderung memihak kepada DAP, kecuali Azmin yang dilantik PAS menjadi Menteri Besar Selangor, parti itu patutnya melepaskan jawatan di dalam kerajaan negeri sebagaimana yang dilakukan oleh PAS Pulau Pinang.

Kini, selepas PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi, sudah berapa ramai pihak yang mempertikai kredibiliti keputusan parti itu yang dilihat berdolak-dalik memberi pelbagai alasan untuk kekal di dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Pada pandangan penulis, sewajarnya PAS bertindak segera untuk menangani isu ini supaya imej parti itu tidak dipandang ‘lekeh’ oleh ramai pihak, khususnya rakyat.

PAS sepatutnya mengarahkan semua kepimpinan PAS Selangor untuk melepaskan jawatan yang mereka sandang di dalam kerajaan negeri seawal keputusan Majlis Syura yang mengumumkan tahaluf siyasi itu dibatalkan.

Parti itu perlu menunjukkan ketegasan prinsip politik mereka yang tidak berkompromi dengan ‘musang berbulu ayam’ yang selama ini ‘menumpang tuah’ meraih undi dari penyokong PAS yang jauh lebih ramai berbanding parti kecil itu.

PAS juga sepatutnya bertindak ‘mengajar’ PKR supaya lebih menghargai jasa-jasa PAS selama ini yang memungkinkan pemimpin mereka duduk di kerusi empuk Menteri Besar Selangor, sebuah negeri paling kaya, moden dan maju di negara ini.

Biarlah PKR ‘bersilat’ sendirian dengan DAP dan PAN. Biarkan PKR hadap sendiri kerenah dan nafsu serakah politik kedua parti berkenaan yang jelas memusuhi PAS siang dan malam. Penulis yakin, rakyat juga mahu melihat keadaan itu berlaku.

Lagipun, PAS juga patut memberi pengajaran kepada beberapa ‘harum manis’ yang masih kekal di dalam bahawa parti itu tidak ‘gila kuasa’, tidak ‘gila jawatan’ mahupun kemewahan dunia, sebaliknya lebih bertumpu kepada redha Allah dalam pentadbiran politik di negara ini.

Sekiranya PAS memberi alasan kononnya jawatan tersebut dilantik oleh Sultan Selangor, Menteri Besar pun tidak berura-ura memecat Exco mereka dan mahu terus menjadi ‘check and balance’ di dalam kerajaan negeri, jawapan-jawapan itu mudah dipatahkan lawan.

Ramai yang berpandangan bahawa mana-mana pemimpin kerajaan boleh melepaskan jawatan pada bila-bila masa yang mereka mahu. Tidak perlu tunggu titah Sultan, tidak perlu tunggu dipecat Menteri Besar, wakil rakyat PAS berhak berbuat demikian.

Tiada undang-undang yang boleh melarang dan ia hanya bersandar kepada ‘mahu atau tidak’ sahaja, bukan?

Untuk menjadi ‘check and balance’ di dalam sesebuah kerajaan, tidak semestinya sesebuah parti itu perlu berada di dalam kerajaan. Jadi pembangkang pun boleh memantapkan peranan ‘check and balance’ itu juga, bukan? PAS sangat berpengalaman jadi pembangkang, takkanlah tidak tahu?

Lagipun, sekiranya Kerajaan Selangor nanti ‘lingkup’ gara-gara ditadbir PKR, DAP dan PAN, sekurang-kurangnya rakyat tidak akan menyalahkan PAS. Malah, pada PRU ke-14 nanti, berkemungkinan besar PAS akan diberi mandat lebih besar oleh majoriti rakyat Selangor, bukan?

Justeru itu, penulis menggesa PAS supaya bertindak segera berhubung isu ini. Jangan biarkan ia lama berterusan. Semakin lama PAS duduk dalam Kerajaan Negeri Selangor, penulis yakin lebih teruk nanti PAS ‘dibahan’ Pakatan Harapan. PAS sedar?


Demikianlah Artikel KENAPA PAS PERLU DOLAK-DALIK LEPAS ‘BERCERAI’? PUTUS PUTUS LAH....BUAT APA LAGI TUNGGU

Sekianlah artikel KENAPA PAS PERLU DOLAK-DALIK LEPAS ‘BERCERAI’? PUTUS PUTUS LAH....BUAT APA LAGI TUNGGU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KENAPA PAS PERLU DOLAK-DALIK LEPAS ‘BERCERAI’? PUTUS PUTUS LAH....BUAT APA LAGI TUNGGU dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kenapa-pas-perlu-dolak-dalik-lepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :