link : Kerajaan mohon batalkan saman difail Anwar
Kerajaan mohon batalkan saman difail Anwar
KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia memohon membatalkan saman difailkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuntut supaya dibebaskan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.
Perkara itu dimaklumkan peguam Anwar, Melissa Sasidaran kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Erry Shariman Noor Arifin.
Prosiding itu dihadiri Peguam Kanan Persekutuan, Muhammad Azmi Mashud, mewakili kerajaan selaku defendan tunggal dalam saman tersebut. Mahkamah menetapkan 21 Julai untuk pengurusan kes.
Anwar selaku plaintif, memfailkan saman itu pada 17 April lalu, dengan menamakan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Permohonan 12 Mei lalu, kerajaan memohon saman Anwar dibatal atas alasan ia menyalahgunakan proses mahkamah dan tiada klausa tindakan munasabah.
Kerajaan mendakwa, saman itu tidak sah dari segi perlembagaan dan ia berbaur hasutan.
Bekas Ketua Umum PKR itu mendakwa, sabitan bersalah ke atasnya di Mahkamah Rayuan diperoleh melalui penipuan Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dakwanya, penipuan itu diteruskan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengakibatkan Anwar disabit tuduhan.
Anwar menuntut keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 7 Mac 2014 dan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 diketepikan atas sebab penipuan.
Anwar juga menuntut dilepas dan dibebaskan, selain kos dan relif lain sesuai. - Sinar Harian
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Kerajaan mohon batalkan saman difail Anwar
Sekianlah artikel Kerajaan mohon batalkan saman difail Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan mohon batalkan saman difail Anwar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kerajaan-mohon-batalkan-saman-difail.html