link : Kerana Memakai Pakaian Tradisional Sarawak Sekumpulan Penari Dihalau Dari KLCC Dan Tidak Dibenarkan Bergambar
Kerana Memakai Pakaian Tradisional Sarawak Sekumpulan Penari Dihalau Dari KLCC Dan Tidak Dibenarkan Bergambar
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang mendakwa sekumpulan penari kebudayaan yang ingin merakamkan gambar untuk kenang-kenangan di taman KLCC telah dihalau oleh pihak pengurusan bangunan yang terkenal itu.
Kes ini telah jadi tular di media sosial dan menarik perhatian netizen yang rata-rata mempunyai pendapat mereka yang tersendiri serta turut mengecam tindakan pengurusan bangunan berkenaan dan menyifatkan pihak pengurusan keterlaluan memandangkan penari-penari terbabit tidak membaut sebarang kesalahan.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Abam Supir yang bertanggungjawab melayan penari-penari berkenaan turut meluahkan perasaan sedihnya dengan apa yang telah berlaku serta amat kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak terbabit.
Mereka ke sini untuk menghadiri satu pertandingan tarian kebudayaan yang diadakan di Angkasapuri dan sempat menyinggah ke KLCC untuk bergambar tetapi dihalau oleh pihak pengurusan dengan alasan yang tidak masuk akal iaitu pakaian yang tidak sesuai.
Mereka telah dihalau, seolah-olah menjadi satu kesalahan dengan memakai pakaian kebudayaan berkenaan. Apabila pelancong yang ingin bergambar dengan kumpulan ini, mereka tidak dibenarkan berbuat demikian. Yang lebih menyedihkan apabila pihak pengurusan terbabit melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya dikatakan, jelasnya dengan penuh kekesalan.
Jika ingin bergambar di sini, perlu pergi ke hotel dan menukarkan baju terlebih dahulu.
Abam Supir turut menjelaskan, kumpulan berkenaan hanya singgah di bangunan itu berhampiran kolam dan taman KLCC untuk bergambar sahaja dan tidak pun masuk ke dalam bangunan itu atau pun membuat sebarang persembahan di kawasan itu, tetapi kumpulan itu telah dihalau seperti 'kucing kurap', katanya.
Haslina Bujang, turut mempersoalkan tindakan pihak berkenaan, adakah tindakan itu sepatutnya dilakukan? Sedangkan bangunan dan kawasan itu adalah tempat awam serta sering menjadi pilihan orang ramai untuk mengambil gambar.
Saya ingin bertanya, adakah perlu ada dress code untuk mengambil gambar di KLCC? Bagi pendapat saya adalah tidak menjadis atu kesalahan pengunjung yang berpakaian mengambil di situ memandangkan kami tidak pula berbogel, itu sudah emmadai. Atau pihak pengurusan bangunan berkenaan tidak mengetahui dan memahami apa itu budaya dan tradisi Sarawak? Adakah mereka tahu baju tradisional masyarakat Sarawak adalah pakaian tradisional Malaysia?
Saya sebagai seorang anak Sarawak, merasakan ini adalah satu penghinaan kepada tradisi dan budaya masyarakat Sarawak. Pihak pengurusan Petronas tidak sepatutnya melepaskan tangan dan harus melihat perkara seperti ini secara serisu, katanya melalui Facebook. - Koleksi Viral
Demikianlah Artikel Kerana Memakai Pakaian Tradisional Sarawak Sekumpulan Penari Dihalau Dari KLCC Dan Tidak Dibenarkan Bergambar
Anda sekarang membaca artikel Kerana Memakai Pakaian Tradisional Sarawak Sekumpulan Penari Dihalau Dari KLCC Dan Tidak Dibenarkan Bergambar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kerana-memakai-pakaian-tradisional.html