link : Kerana Tidak Mampu Lagi Menahan Sakit, Pesakit Ini Minta Doktor Buangkan Fake Braces
Kerana Tidak Mampu Lagi Menahan Sakit, Pesakit Ini Minta Doktor Buangkan Fake Braces
Kerana kesilapan memakai fake braces, seorang pesakit telah meminta pertolongan daripada seorang doktor bagi membuang fake braces berkenaan yang menyebabkan beberapa masalah berlaku kepada gigi pesakit terbabit seperti plak gigi yang tebal, berdarah, gusi bengkak kemerahanan, breket tercabut dan banyak lagi.
Ikut perkongsian tentang kesilapan seorang pesakit memakai fake braces dari Klinik Pergigian ArRizqin. Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada mereka yang ingin memakai fake braces.
Al kisah pada hari ini seorang pesakit datang ke klinik yang meminta doktor buangkan braces disebabkan tidak lagi mampu menahan sakit. Apabila ditanya, katanya beliau telah memakai braces ini selama dua bulan dengan bayaran RM700.
Tak adalah murah. Apabila ditanya pasang brace ini di mana? Jelasnya di rumah doktor itu.
Ada temujanji lagi tak selepas ini?
Ada, sebulan sekali dan bayaran sebanyak RM100, katanya.
Ini dah sah-sah kes fake braces. Alahai nak marah pun ada, kesian pun ada.
Selepas pemeriksaan dibuat, gusinya agak teruk, bengkak berdarah, berbau, gigi pula kelihatan bergoyang, ada bracket yang tercabut, sisa makanan tak payah ceritalah.
Akhirnya doktor telah mengambil keputusan untuk menanggalkan fake braces itu dan membersihkan giginya serta memberikan sedikit nasihat kepadanya.
Lebih baik tak ada brace daripada pakai tetapi membawa kemudaratan. Kasihan pada mereka yang masih terjerat dengan doktor gigi palsu yang memasang fake braces secara haram di rumah-rumah atau di hotel-hotel.
Sememangnya telah banyak kali terjumpa dengan kes-kes sebegini. Masyarakat kita kebanyakkannya masih tiada kesedaran tentang bahayanya fake braces seperti ini.
Setelah fake braces dicabut dan scaling, kelihatan lebih bersih. |
Anda dinasihatkan agar berhati-hati ketika ingin mendapatkan perkhidmatan memakai braces, adalah disarankan anda pergi ke klinik gigi yang bertauliah atau diiktiraf.
Demikianlah Artikel Kerana Tidak Mampu Lagi Menahan Sakit, Pesakit Ini Minta Doktor Buangkan Fake Braces
Anda sekarang membaca artikel Kerana Tidak Mampu Lagi Menahan Sakit, Pesakit Ini Minta Doktor Buangkan Fake Braces dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kerana-tidak-mampu-lagi-menahan-sakit.html