KESEDIHAN DR. MAHATHIR 
HANYA LAKONAN SEMATA-MATA

KESEDIHAN DR. MAHATHIR 
HANYA LAKONAN SEMATA-MATA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KESEDIHAN DR. MAHATHIR 
HANYA LAKONAN SEMATA-MATA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KESEDIHAN DR. MAHATHIR 
HANYA LAKONAN SEMATA-MATA
link : KESEDIHAN DR. MAHATHIR 
HANYA LAKONAN SEMATA-MATA

Baca juga


KESEDIHAN DR. MAHATHIR 
HANYA LAKONAN SEMATA-MATA

Kesedihan ditunjukkan Tun Dr. Mahathir Mohamad berikutan penjualan seba­nyak 49.9 peratus saham Proton Holdings Berhad (Proton) kepada Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd., (Geely) dianggap sebagai lakonan semata-mata.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, anggapannya itu berdasarkan hakikat bahawa bekas Perdana Menteri itu yang terlebih dahulu menjemput syarikat dari China tersebut untuk membantu syarikat kereta nasional pada 2014.

Katanya, selepas dilantik sebagai Pengerusi Proton pada 2014, Dr. Mahathir dan pemilik Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah ke negara Tembok Besar itu untuk mengadakan pertemuan dengan Geely bagi meminta bantuan menyelamatkan Proton.

“Kerajaan tidak lagi memiliki Proton setelah diambil alih sepenuhnya oleh DRB-Hicom pada 2012 atas permintaan Dr. Mahathir yang sekali gus menunjukkan bahawa keputusan penjualan saham tersebut adalah oleh DRB-Hicom sendiri.

“Oleh itu, adalah pelik apabila Dr. Mahathir tiba-tiba mengkritik penjualan kepentingan dalam Proton kepada Geely dan menangis sedangkan beliau yang pada mulanya mahu saham Proton dijual kepada syarikat Jerman, Volkswagen pada 2005 dan meminta kerajaan menjual semua kepentingannya dalam Proton kepada syarikat swasta pada 2011 serta yang mula-mula meminta bantuan Geely di China pada 2014.

“Malah, tiga bulan lalu iaitu pada Februari 2017, beliau berkata tidak mempunyai bantahan untuk Geely membeli kepenti­ngan dalam Proton. Tiba-tiba sekarang beliau mengkritik kerajaan, me­nyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan berkata mahu menangis kerana ‘anaknya’ telah dijual?

“Kelihatan seperti Dr. Mahathir yang telah menjual anaknya sendiri. Bapak jual anak!” kata Sian See dalam blognya hari ini.

Baru-baru ini, DRB-Hicom te­lah mencapai persetujuan de­ngan Geely bagi membolehkan syarikat tersebut membeli 49.9 peratus saham Proton.

Perkembangan itu menyebabkan Dr. Mahathir dalam blognya mengatakan beliau sangat sedih dan menangis kerana kehilangan Proton yang disifatkan sebagai anaknya.


Demikianlah Artikel KESEDIHAN DR. MAHATHIR 
HANYA LAKONAN SEMATA-MATA

Sekianlah artikel KESEDIHAN DR. MAHATHIR 
HANYA LAKONAN SEMATA-MATA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KESEDIHAN DR. MAHATHIR 
HANYA LAKONAN SEMATA-MATA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kesedihan-dr-mahathir-hanya-lakonan_29.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :