Keselamatan: SPAD Akan Berbincang Dengan Uber

Keselamatan: SPAD Akan Berbincang Dengan Uber - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keselamatan: SPAD Akan Berbincang Dengan Uber, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keselamatan: SPAD Akan Berbincang Dengan Uber
link : Keselamatan: SPAD Akan Berbincang Dengan Uber

Baca juga


Keselamatan: SPAD Akan Berbincang Dengan Uber



KUCHING – Satu perbincangan antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan Uber sedang dijalankan bagi memperhalusi kaedah terbaik memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna perkhidmatan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya mengambil maklum kes rompakan oleh pemandu Uber terhadap seorang penumpang wanita baru-baru ini biarpun kejadian itu diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kami tidak lepas tangan, pihak SPAD sudah bertindak, hari ini mereka (SPAD) ada perbincangan dengan Uber dan saya sendiri akan berjumpa dengan pihak Uber petang esok untuk berbincang apa lagi yang boleh dilakukan.

“Sekarang ini Uber belum dilesen atau belum regulate(dikawal selia) sebab itu kita tidak dapat ambil tindakan undang-undang. Tindakan hanya boleh diambil oleh polis kerana itu kes jenayah (dan) kerana kita dengan Uber buat masa ini belum ada pertalian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kejadian rompakan oleh pemandu Uber terhadap seorang penumpang wanita di Puchong pada 21 Mei lalu.

Terdahulu Nancy melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di Pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Mengulas lanjut, Nancy berkata apabila peraturan e-hailing diluluskan oleh Parlimen (dijangka pada sesi persidangan akan datang), pengendali perkhidmatan e-hailing akan bertanggungjawab untuk mengamalkan standard keselamatan dan mutu perkhidmatan tertinggi.

“Kita akan perhalusi apa yang perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna yang menggunakan perkhidmatan e-hailing.

“Seperti kes rompakan yang berlaku itu biarpun pemandu itu ada rekod (dengan Uber) pun boleh berlaku jadi ini kita nak ambil kira supaya bila rang undang-undang pindaan diluluskan apakah ciri-ciri keselamatan yang perlu kita ketatkan dengan pengendali perkhidmatan,” katanya. – BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Keselamatan: SPAD Akan Berbincang Dengan Uber

Sekianlah artikel Keselamatan: SPAD Akan Berbincang Dengan Uber kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keselamatan: SPAD Akan Berbincang Dengan Uber dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/keselamatan-spad-akan-berbincang-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :