Kilang Perabot Diserbu Guna Perisian Cetak Rompak

Kilang Perabot Diserbu Guna Perisian Cetak Rompak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kilang Perabot Diserbu Guna Perisian Cetak Rompak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kilang Perabot Diserbu Guna Perisian Cetak Rompak
link : Kilang Perabot Diserbu Guna Perisian Cetak Rompak

Baca juga


Kilang Perabot Diserbu Guna Perisian Cetak Rompak

SUNGAI PETANI – Sebuah kilang perabot di Pengkalan Lebai Man dekat sini yang menggunakan perisian cetak rompak, diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Kedah Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan itu dibuat kira-kira 2 petang semalam selepas menerima aduan daripada wakil hak cipta perisian berkenaan.

“Kita mendapat aduan bahawa perisian pengadu telah disalah guna oleh sebuah premis di sini dan hasil siasatan mendapati bahawa syarikat terbabit sudah menggunakan tiga salinan langgaran Auto Cad sejak tiga tahun lepas.

“Tiga lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia lingkungan 30-an turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Pejabat KPDNKK Cawangan Sungai Petani di sini, hari ini.

Tambahnya, dalam serbuan itu, dua unit komputer dianggarkan bernilai RM7,000 dipercayai mengandungi tiga perisian cetak rompak yang dianggarkan bernilai RM45,000, turut dirampas.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987, kerana memiliki apa-apa kegunaan salinan langgaran selain untuk kegunaan domestik dan persendirian.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama,” katanya. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kilang Perabot Diserbu Guna Perisian Cetak Rompak

Sekianlah artikel Kilang Perabot Diserbu Guna Perisian Cetak Rompak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kilang Perabot Diserbu Guna Perisian Cetak Rompak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kilang-perabot-diserbu-guna-perisian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :